Siakap Keli
rhys william lepaskan wira
Gambar: Facebook Mat Salleh Cari Makan

“Selamat Tinggal Sayang…” Tujuh Tahun Setia Bersama, Rhys William Akhirnya ‘Lepaskan’ Wira Kesayangan

“Selamat Tinggal Sayang…” Tujuh Tahun Setia Bersama, Rhys William Akhirnya ‘Lepaskan’ Wira Kesayangan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itulah yang mampu diucapkan kepada sesuatu yang cukup bermakna bagi kita semua. Demikianlah detik pilu yang terpaksa dirasai oleh ‘Mat Saleh‘ pencari makanan terkenal di Malaysia, Rhys William.

Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Rhys William, di Facebook Mat Salleh Cari Makan, ia memaparkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang telah lama digunakan olehnya sejak dari 2015 hingga kini.

“Selamat tinggal sayangku. RIP Wira “Lejen” 2015-2022,” tulisnya di Facebook.

Difahamkan, kereta tempatan itu merupakan kenderaan pertamanya sejak baru menetap di Malaysia pada tujuh tahun lalu dan banyak kenangan yang telah dilalui bersama.

Tambahnya, Proton Wira merupakan sebuah kereta yang tahan lasak namun sudah sampai waktunya dia mengucapkan selamat tinggal kepada kenderaan itu.

“Berakhir satu zaman saya bersama “Wira Lejen” ni. Kereta pertama saya yang jadi teman saya sepanjang 7 tahun ni. Banyak kenangan bersamamu. Walaupun Proton Wira memang lasak dan tetap steady, akhirnya sampai pengakhiran dia. Goodbye,” maklumnya.

Kisah Di Sebalik Wira Lejen

Berdasarkan video yang dikongsikan, kereta tempatan itu telah dibeli oleh Rhys William pada tahun  2015 ketika sampai di Malaysia.

Dia yang kini dikenali sebagai public figure yang sering membuat kandungan (content) makan memulakan hasil video-videonya bersama Proton Wira berkenaan pada awalnya sebelum dikenali ramai.

Selain itu, kereta tersebut telah membawanya ke pelbagai tempat di seluruh negara bagi melakukan aktiviti seperti mendaki gunung di Semenanjung Malaysia, malah pernah menjejakkan kaki di negara jiran, Singapura.

‘Wira Lejen’ itu ibarat menjadi peneman dalam kehidupannya dengan pelbagai asam garam pernah dirasai bersama, seperti pulang lewat malam dari pejabat dan pasar raya serta anaknya juga membesar bersamanya.

Walaupun pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang menggunakan Wira Lejen ini termasuk tayar meletup, enjin kereta overheat, dilanggar oleh kereta lain dan sebagainya, namun ia masih kekal bertahan.

Tambahan pula, kereta itu pernah digunakannya untuk menghadiri sebuah siaran langsung rancangan realiti sebuah syarikat penyiaran pada tahun 2017.

Setiap pahit manis bersama kereta itu bakal menjadi memori yang kekal tersemat di hati.

Justeru untuk menyelami rasa pilu di hati Rhys dengan lebih dalam, marilah tonton videonya di bawah. Barangkali peminat Wira khususnya pasti akan terasa sedih juga.

Sumber: Facebook Mat Salleh Cari Makan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?