Siakap Keli
Blackpink bakal gegar KL
Gambar: i-D Magazine, Twitter

Blackpink Umum Bakal ‘Gegar’ KL Tahun Depan 

Blackpink Umum Bakal ‘Gegar’ KL Tahun Depan 

Kumpulan pemuzik terkenal dari Korea Selatan Blackpink dilaporkan akan mengadakan konsert jelajah Born Pink World Tour di Kuala Lumpur Malaysia pada 4 Mac 2023 ini.

Konsert jelajah ini akan bermula pada 15 dan 16 Oktober ini di Seoul, Korea Selatan dan meneruskan konsert di Amerika, Eropah dan berakhir di Asia.

Bagi negara Asia Tenggara, konsert jelajah ini akan bermula pada bulan Mac di Kuala Lumpur (4 Mac), Jakarta (11 Mac), Kaohsiung (18 Mac), Manila (25 Mac) dan Singapura (13 Mei).

Kuala Lumpur merupakan lokasi kedua selepas Bangkok. Bangkok telah terpilih sebagai lokasi pertama di Asia Tenggara yang akan berlangsung pada 7-8 Januari pada tahun hadapan.

Pengumuman ini dilakukan oleh kumpulan Blackpink melalui Instagram

“Pengumuman jadual konsert Blackpink World Tour [Born Pink],” maklum pengendali akaun Instagram kumpulan tersebut.

Walau bagaimanapun hanya tarikh konsert sahaja yang baru diumum buat masa ini. Butiran lanjut seperti lokasi dan harga tiket masih belum diumumkan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial)

Sumber: Instagram

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.