Siakap Keli
Kredit: FDA & CNN

COVID-19 Perangkap 80,000 Pelancong dalam ‘Hawaii China’

Dalam sekitar 80,000 pelancong telah tersadai dalam sebuat resort popular di bandar Sanya, sebuah pulau tropika di Hainan setelah pihak berkuasa mengarahkan untuk melaksanakan ‘lockdown’ di kawasan tersebut bagi menghalang penyebaran wabak COVID – 19.

Pergerakan kenderaan awam telah ditangguhkan buat sementara waktu dan pergerakan orang ramai di bandar telah dihadkan daripada awal pagi Sabtu, menurut pihak berkuasa.

Pelancong yang tersadai diminta untuk tidak meninggalkan kawasan tersebut selama tujuh hari dan menjalani lima ujian COVID-19 sebelum meninggalkan pulau tersebut.

Timbalan Datuk Bandar, He Shigang pada Jumaat mengatakan, dalam lingkungan 80,000 pelancong yang tersadai dalam pulau ini.

Kredit: CNN

Langkah Yang Diambil Untuk Menghalang Penyebaran COVID-19

Semua pelancong di Sanya termasuk mereka yang sudah berada di sana sejak 23 Julai tidak dibenarkan untuk meninggalkan wilayah Hainan selepas 6 p.m, waktu tempatan pada hari Sabtu, menurut keterangan daripada pihak berkuasa wilayah tersebut.

Sekatan itu diadakan pada kemuncak musim pelancongan musim panas untuk wilayah pulau tersebut, juga merupakan destinasi popular yang sering dipanggil sebagai ‘Hawaii China’  kerana memiliki pantai berpasir, hutan tropika dan hotel mewah.

Lebih 80% penerbangan yang meninggalkan Sanya dibatalkan pada hari Sabtu, menurut data daripada syarikat pengesan penerbangan, Variflight. Dalam masa sama, semua kereta api yang berlepas dari Sanya juga turut dibatalkan.

Pihak berkuasa di Sanya telah maklum akan kesulitan yang dialami oleh pelancong dan berikrar akan melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini pada sidang akhbar yang diadakan.

Inisiatif yang dilakukan termasuklah memperkemaskan pembatalan tempahan perjalanan dan menawarkan diskaun separuh harga untuk penginapan hotel bagi pelancong yang terkandas di Sanya.

Bandar itu telah dibahagikan kepada zon risiko tinggi dan sederhana, dengan pengambilan langkah kawalan yang berbeza mengikut pada tahap risiko, menurut pihak berkuasa tempatan.

Walau bagaimanapun, seluruh bandar dianggap di bawah “pengurusan statik” iaitu, satu istilah rasmi yang digunakan untuk menggambarkan keadaan ‘lockdown’.

Untuk rekod, bandar yang terletak pada hujung selatan pulau Hainan itu telah merekodkan 827 kes jangkitan antara 1 Ogos sehingga tengah malam pada hari Sabtu.

Gambar hiasan | Kredit: BBC

Jumlah Kes COVID-19 di Sanya

Jumlah kes ini termasuk 240 kes yang disahkan dan 173 jangkitan tanpa gejala pada hari Sabtu, berdasarkan pengumuman daripada pihak berkuasa kesihatan wilayah pagi Ahad dan China telah mengasingkan antara kes bergejala dengan kes tidak bergejala.

Jumlah kes hari Sabtu telah menjadikan wabak itu paling teruk di China dengan laporan sebanyak 736 kes tempatan yang secara nasional untuk hari tersebut.

Pihak berkuasa berkata mereka telah mengesan subvarian Omicron BA.5.1.3 yang sangat mudah ditularkan dan mereka percaya varian tersebut tersebar ke pulau itu melalui kontak dengan peniaga makanan laut di pelabuhan nelayan Yazhou, Sanya.

Pihak berkuasa wilayah Hainan pada hari Sabtu juga mengumumkan ujian asid nukleik bagi seluruh wilayah itu bagi penduduknya yang berjumlah 10 juta, kerana terdapat beberapa kes yang telah dilaporkan di bahagian lain di pulau tersebut.

Selain itu, terdapat juga satu bandar di wilayah Hainan iaitu Danzhou, yang mengumumkan ‘partial lockdown‘ bagi anggaran 1 juta penduduknya pada hari Sabtu, mengikut buletin rasmi.

Manakala, pihak berkuasa di bandar Qionghai telah mengumumkan penutupan kebanyakan perniagaan yang tidak penting dan mengarahkan setengah juta penduduknya untuk duduk di rumah melainkan jika ada keperluan, lapor penyiar CCTV.

Langkah-langkah terbaharu itu dibuat ketika ekonomi China sedang bergelut di bawah dasar tegas “sifar-Covid”, yang mana ia bertujuan untuk menyekat penyebaran jangkitan melalui penutupan, ujian besar-besaran dan kawalan sempadan yang ketat.

Kredit: CNN
Sumber: CNN

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.