Siakap Keli
Cara Nak 'Setting' Apple Pay Dekat iPhone
Gambar: eizuwan

Kini ‘Available’ Di Malaysia, Ini Cara Nak ‘Setting’ Apple Pay Dekat iPhone Anda

Kini ‘Available’ Di Malaysia, Ini Cara Nak ‘Setting’ Apple Pay Dekat iPhone Anda

Berita baik untuk pengguna peranti Apple kerana kini Apple Pay sudah boleh digunakan di Malaysia.

Apple Pay merupakan satu cara moden untuk membuat pembayaran.

Sebelum ini seperti diketahui umum, terdapat juga kaedah pembayaran lain yang menggunakan telefon pintar namun bagi pengguna peranti Apple, pembayaran kini lebih mudah dengan Apple Pay.

Tanpa perlu dimuat turun, Apple Pay sudah tersedia pada peranti iPhone, Apple Watch, Mac dan iPad.

Pengguna yang mengaktifkan Apple Pay tidak perlu risau tentang keselamatan kerana Apple Pay menggunakan nombor khusus peranti dan kod urus niaga yang unik.

Sebagai tambahan paling penting, anda masih mendapat semua ganjaran dah faedah kad anda dengan hanya menggunakan Apple Pay.

Ikuti 6 langkah mudah untuk aktifkan Apple Pay anda:

Pertama, pergi ke Setting cari Wallet dan klik Wallet menerusi iPhone anda.

Selepas itu, anda klik pada Tambah Kad dan pilih Kad Debit.

Kemudian, anda perlu Imbas Kad Debit dengan kamera atau masukkan nombor kad secara manual.

Seterusnya, masukkan maklumat tarikh luput kad dan kod keselamatan berdasarkan kad anda.

Selepas itu, anda perlu membaca perjanjian dan klik setuju bagi mengaktifkan Apple Pay.

Seterusnya, anda akan mendapat kod pengesahan menerusi SMS pada telefon anda.

Dengan hanya dua klik pada butang Power pembayaran boleh dilakukan. Kini anda boleh keluar dengan hanya membawa telefon pintar sahaja.

Untuk lebih jelas, tonton video di bawah untuk lihat tutorial ringkas cara aktifkan Apple Pay.

@eizuwan

Cara set Apple Pay dekat iPhone ! Mudah betul x payah keluarkan kad dh bila beli barang!✨✨ #tutorial #techtok #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #applepay

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Sumber: Eizuwan via TikTok

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.