Pelakon suara latar kartun animasi ‘stop motion’ penguin terkenal dari Switzerland, Pingu dilapor meninggal dunia pada usia 85 tahun baru-baru ini, lapor abc News.
Difahamkan, pemilik suara Pingu itu, Carlo Bonomi yang berasal dari Milan, Itali meninggal dunia pada 6 Ogos kelmarin, menurut sumber sebuah laman berita Itali afnews.info.
Bagaimanapun difahamkan, punca kematian Carlo yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak sekitar tahun 1999 hingga 2000 itu tidak didedahkan dalam mana-mana laporan media setakat ini.
Sehubungan itu, ramai penggemar dan pencinta kartun berkenaan memberikan penghormatan terakhir dengan mengimbas kembali ungkapan menarik Pingu, “Noot noot”.
Sad to hear of the passing of #Pingu voice actor Carlo Bonomi.
Sure, that programme was cute and funny to me as a child, but considering we never understood a word being said, the empathy I would feel for those animated animals was remarkable and I have this gentleman to thank. https://t.co/LxjIdeLyQR
— James Stant (@JamesStant) August 7, 2022
Tambahan pula, peminat Pingu juga telah menggunakan platform Twitter untuk memberikan penghormatan kepadanya dengan menjadi sebahagian lagu bandarnya yang disiarkan menerusi Stesen Sentral dan Stesen Florence Santa Maria Novella.
Selain itu, kartunis Amerika, Travis Bickerstaff turut memberikan penghormatan kepada mendiang dalam tweet “noot noot” yang akan ‘terus hidup’.
“Jika anda tertanya-tanya sama ada ia akan menjadi penamat kepada Pingu, tidak,” kata Bickerstaff.
R.I.P Carlo Bonomi, the original voice of Pingu. 1937-2022 pic.twitter.com/EdTiBHpZnW
— Travis Bickerstaff 🆖️ (@Bickpixx) August 6, 2022
Sementara itu, pelakon suara dalam bahasa Perancis turut meneruskan legasi yang dibawa oleh Bonomi sejak dia mula menerbitkan Pingu dalam bahasa itu.
Bagaimanapun, punca kematian mendiang masih belum didedahkan sehingga kini.
Carlo Bonomi aka Voice Actor of Pingu, recently passed away. So I made a quick drawing for him. Pingu was one of the best childhood shows, not only for me but around the whole world as well. Rest In Piece Carlo. Your Noot Noot shall not be forgotten. pic.twitter.com/f0d95p8JPY
— AyyZirly ^ (Commissions Closed For Now) ^ (@AyyZirly) August 7, 2022
Pingu
Penyiaran Pingu di kaca televisyen terbahagi kepada enam siri menerusi dua penerbit berbeza. Empat siri pertama bermula 7 Mac 1990 hingga 9 April 2000 di bawah SF DRS di Switzerland. Manakala siri kelima dan keenam dihasilkan bermula dari 1 Ogos 2003 hingga 3 Mac 2006 di bawah CBeebies di United Kingdom. Terdapat empat ‘pemain’ utama suara latar iaitu Carlo Bonomi, Marcello Magni, David Sant dan Pietro Ubaldi.
Pingu merupakan seekor penguin kecil nakal yang tinggal di Kutub Selatan bersama rakan anjing laut, Robbie dan keluarganya. Jika diimbas kembali zaman kita menonton kartun itu sewaktu kanak-kanak dahulu, setiap tutur bicara makhluk penguin comel ini pasti menghiburkan hati. Bahasa yang digunakan langsung tidak dapat difahami, apatah lagi karenah masing-masing yang ada perwatakannya tersendiri.
Seperti yang kita tahu, Pingu mempunyai adik kecil yang nakal serta suka mengusiknya bernama Pinga. Dalam masa sama, ayahnya pula seorang yang garang dan bekerja sebagai penghantar surat. Ibunya pula berperwatakan lemah-lembut dan penyayang serta sangat memanjakan si bongsu, Pinga. Pingu juga sering menjadi mangsa buli oleh beberapa rakan penguin yang lain.
Berbalik kepada konteks, pemilik asal suara latar Pingu, Carlo Bonomi berjaya menambat hati jutaan penonton Pingu pada empat siri pertama. Walaupun mendiang sudah meninggal dunia, namun suara ‘Noot noot’ pasti sentiasa akan terngiang-ngiang di telinga setiap kali kita menatap wajah comel Pingu di skrin telefon.
“Berifdnjfudiafbuxxsoeiekkkydusonssnsfr, noot noot!”
