Siakap Keli

Pelancaran Makanan Kucing ALMA Purrrfect Premium Keluaran FGV Di Maeps, Serdang

SERDANG, 9 OGOS – FGV ALMA mengeluarkan makanan kucing Purrrfect Super  Premium yang mengandungi pelbagai khasiat berasaskan tuna, salmon, ayam dan  itik bagi memastikan kucing peliharaan mendapat nutrisi yang secukupnya. 

Makanan kucing pertama keluaran syarikat tersebut telah dilancarkan oleh YBrs. Puan  Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian  dan Industri Makanan (MAFI) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan  Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini. 

Hadir sama ialah Dr. Akma binti Ngah Hamid, Ketua Pengarah Perkhidmatan  Veterinar Malaysia, Encik Abdul Razak bin Aya, Ketua Pertanian Bersepadu FGV  Holdings Berhad, Encik Zainuddin bin Isa, Pakar Produk FGV ALMA dan Encik Khalid  bin Rashid, Pengerusi Kelab Kucing Malaysia. 

Kualiti Purrrfect Super Premium dijamin 100% kerana tidak mengandungi sebarang  bahan pengawet dan pewarna serta tidak mempunyai unsur-unsur syubhah atas  

faktor tiada penggunaan bahan-bahan mentah yang berasaskan khinzir, tulang dan  darah.  

Selain diperkaya dengan Taurine untuk kebaikan deria penglihatan kucing ia juga  diperkaya dengan pelbagai sumber protein dan mineral yang sesuai untuk membantu  pertumbuhan dan perkembangan otot dan tulang. Malah ia turut dilengkapi dengan  dilengkapi dengan antioksida, fosforus, kalsium dan mineral bagi membantu  meningkatkan sistem imuniti kucing.  

FGV ALMA yang sebelum ini dikenali sebagai pengeluar makanan haiwan ternakan kini ingin meluaskan pasaran makanan ternakan kepada makanan untuk haiwan  peliharaan. 

MAFI melalui DVS akan terus bekerjasama dengan para pemain industri negara  dalam memastikan hal ehwal kebajikan dan kesihatan haiwan khususnya haiwan  peliharaan akan terus terjamin.  

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.