Siakap Keli

Lelaki Ditemui Mati Tergantung Dalam Rumah

Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam rumahnya sendiri di Buloh Kasap pada Isnin, 8 Ogos 2022, lapor Kosmo!

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, sekitar jam 10.15 pagi pihak mereka telah menerima satu laporan berkaitan tragedi tersebut.

Difahamkan, pihak mereka mendapati seorang lelaki dalam lingkungan 40-an berada dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan diri sebaik sahaja mereka tiba di lokasi kejadian.

“Pemeriksaaan mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia berdasarkan keadaan badannya yang kejang.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk. Barangan peribadi si mati seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Kosmo!

BACA: Budak 7 Tahun Maut, Dipercayai Ditembak Sepupu 9 Tahun Guna Pistol Polis Disangka Mainan

Sumber: Kosmo!

Faiz Mustafa