Siakap Keli
Tikam Kekasih 50 Kali Hingga Mati
Gambar: Hindustan Times

Lelaki Tikam Kekasih 50 Kali Hingga Mati, Bungkus Dalam Karpet & Buang Ikut Balkoni

Lelaki Tikam Kekasih 50 Kali Hingga Mati, Bungkus Dalam Karpet & Buang Ikut Balkoni

RUSIA – Seorang lelaki tergamak menikam teman wanitanya lebih 50 kali hingga maut dan membalut mayatnya menggunakan permaidani sebelum membuangnya dari balkoni kediaman mereka, lapor Mirror.

Suspek, 26 telah mengaku bersalah melakukan pembunuhan kejam dan serangan terhadap mangsa, 21 itu.

Menurut Mirror, motif pembunuhan adalah disebabkan berlakunya pertengkaran selepas sesi minum di flat mereka yang terletak di Perm, Perm Krai pada awal pagi.

Menurut polis, suspek telah menikam mangsa lebih 50 kali menggunakan pisau sebelum membalutnya dengan permaidani dan membuang mayat kekasihnya itu dari balkoni tingkat tiga rumah mereka.

“Suspek kemudian membawa mayat tersebut ke arah keretanya namun bergegas melarikan diri setelah dikesan oleh seorang saksi,” kata polis.

Rakan suspek turut memberitahu media tempatan bahawa suspek telah menghubunginya menggunakan telefon mangsa pada lewat pagi untuk bertanya sama ada dia terlihat mangsa atau tidak.

Suspek juga dilaporkan membuat dakwaan aneh bahawa dia pulang ke rumah untuk mencari pencuri di flatnya dan dia telah membunuh salah seorang daripada mereka dan menggulung mayat menggunakan permaidani.

Ibu bapa mangsa turut mendakwa bahawa suspek telah memukul anak perempuannya sehingga patah hidung lalu menikamnya hingga mati menggunakan pisau atau pemutar skru.

Mangsa yang merupakan pelajar di Fakulti Geografi Universiti Negeri Perm dipercayai telah memulakan kerja sambilan tiga hari sebelum kematiannya.

Mangsa didakwa telah bertemu suspek dua tahun sebelumnya namun rakan dan keluarganya dilaporkan menentang hubungan pasangan tersebut.

Mangsa telah selamat dikebumikan manakala suspek masih ditahan reman.

Suspek menunggu perbicaraannya dilakukan atas tuduhan membunuh dan bakal berdepan hukuman penjara yang panjang sekiranya disabitkan bersalah.

Menurut Jabatan Siasatan Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan Rusia, suspek bakal dihadapkan dengan hukuman jenayah di bawah Bahagian 1 Seni 105 Kanun Jenayah Persekutuan Rusia (pembunuhan).

“Berdasarkan hasil penyiasatan, pada malam selepas pasangan itu minum arak bersama-sama di pangsapuri rumah mereka, telah berlaku satu pertengkaran atas sebab permusuhan peribadi.

“Sepanjang hubungan mereka, suspek dipercayai telah melakukan beberapa pukulan pada badan kenalannya menggunakan pisau.

“Mangsa berusia 21 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan.

“Bagi menyembunyikan jenayah itu, suspek telah bertindak membalut mayat mangsa menggunakan permaidani sebelum mengikatnya dengan tali dan membuangnya melalui balkoni.

“Selepas itu, suspek keluar dari rumahnya dan mula untuk mengalihkan kereta. Namun perbuatannya itu telah dilihat oleh seseorang.

“Oleh disebabkan khuatir jenayahnya terbongkar, suspek telah melarikan diri.

“Lelaki itu telah didakwa di bawah Bahagian Seni. 105 Kanun Jenayah Persekutuan Rusia, di mana dia mengakui sepenuhnya kesalahannya,” ujar penyiasat jawatankuasa.

Penyiasat telah melantik pakar yang diperlukan serta beberapa siri tindakan penyiasatan dan prosedur sedang dijalankan bertujuan untuk menentukan semua keadaan jenayah yang dilakukan.

Sumber: Mirror.co.uk

Nurfatihah Shahirah Azzuddin