Siakap Keli
Kredit: Wales News Service

Padah Habis Hampir RM7k Tegangkan Kulit, Sudahnya Jadi Kulit ‘Cicak’

Seorang wanita malang telah memiliki ‘leher kulit cicak’ setelah menghabiskan 500£ (RM2698.05) terhadap satu prosedur kosmetik ‘fibroblast plasma‘ untuk menegangkan kulitnya.

Seorang wanita telah mendapat kesan sampingan berupa ‘kulit cicak’ pada lehernya selepas mengalami kegagalan prosedur komestik yang diambilnya.

Jayne Bowman, 59, seorang wanita yang berasal dari Hampshire telah membayar £500 (RM2698.05) untuk menjalani prosedur  fibroblast plasma bagi menegangkan kulit lehernya selepas diet.

Semasa terapi fibroblast plasma dijalankan, peranti tersebut akan mengalirkan arus elektrik frekuensi tinggi yang akan melalui kulit untuk menggalakkan pertumbuhan semula tisu.

Walau bagaimanapun, rawatan yang diterima Jayne daripada seorang pakar kecantikan yang ditemuinya di Facebook, telah meninggalkan dengan beratus-ratus tompok merah dan parut pada kulitnya.

Walaupun tompok-tompok itu akhirnya pudar, pengalaman pahitnya itu telah menyebabkan Jayne ingin menyebarkan berita mengenainya dan kini meminta lebih banyak undang-undang mengenai prosedur itu.

Jurucakap Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial menekankan kepentingan mencari pengamal ‘memiliki reputasi, selamat dan berkelayakan’ untuk prosedur kosmetik.

Kredit: Wales News Service

 

Jayne berkata, “Saya tidak boleh  keluar tanpa mengenakan selendang. Sebenarnya saya tidak suka keluar sama sekali. Saya lebih suka keluar ketika hujan, yang mana saya boleh mengenakan hood dan tiada siapa yang boleh melihat saya.

“Saya tidak menuduh semua pakar kecantikan kerana tidak semuanya serupa,  tetapi terdapat ramai daripada mereka di luar sana yang tidak baik. Berpeganglah kepada pihak profesional,” katanya.

Kronologi Mimpi Ngeri Jayne Bowman

Jayne telah mencari prosedur kosmetik yang bertauliah selepas mengamalkan diet dan diet tersebut telah meninggalkan ‘double chin’ yang hodoh.

Dia menambah, “Saya sangat berbangga dengan penurunan berat badan saya baru-baru ini, tetapi saya telah ditinggalkan dengan lebihan kulit pada bahagian dagu yang tidak sedap dipandang dan saya membencinya,”

Kredit: Wales News Service

Dia pernah bertanya soalan di Facebook, “Bolehkah sesiapa mengesyorkan saya tempat untuk mendapatkan Botox pada dagu berganda saya?”

Satu mesej muncul daripada seorang ahli terapi kecantikan yang mengatakan tentang rawatan yang dipanggil ‘fibroblast plasma‘.

Jayne berkata, “Saya menyemak halamannya dan melihat dia telah  mendapat ulasan yang hebat dan memiliki kelayakan.

“Tetapi apabila saya pulang ke rumah, leher saya terasa seperti dibakar.

“Beberapa minggu kemudian, tiada perubahan langsung selain daripada parut yang mengerikan. Saya mempunyai beratus-ratus bintik perang di leher saya. Saya kelihatan seperti cicak!”

Kredit: Wales News Service

“Apa yang saya dapat hanyalah bintik-bintik merah yang tidak sedap dipandang di leher saya. Saya tidak sanggup keluar rumah kerana kesan parut yang sangat teruk,” luahnya.

Usaha Jayne Bowman Untuk Mendapatkan Keadilan

Jayne membesar di Mountain Ash, Wales Selatan, tetapi kini tinggal di Hampshire pernah bercakap mengenainya dengan seorang peguam cara tetapi tiada tindakan susulan dapat dilakukan.

Dia meninggalkan ulasan yang menyengat di Facebook tetapi tindakan itu telah memakan dirinya semula.

Ujarnya, “Tidak lama kemudian, saya telah  dihubungi pihak polis dan mengatakan saya telah mengganggu jurusolek itu. Saya sangat terkejut.

Kredit: Wales New Service

“Walau bagaimanapun, saya tahu saya berada di pihak yang betul apabila orang lain menghantar mesej kepada saya dan mengatakan bahawa perkara yang sama juga telah berlaku kepada mereka.

“Sekarang saya sedang berjuang bermati-matian, malah telah melancarkan petisyen bagi menggesa peraturan yang lebih ketat dalam industri kecantikan.

“Saya bukan mengejar wang, saya hanya mahukan keadilan daripada ‘disembelih’ oleh pakar kecantikan. Sejujurnya ia adalah mimpi ngeri yang ‘hidup’ dan saya masih hidup bersama parut ini untuk membuktikannya,”

Jurucakap Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial berkata, “Sesiapa yang sedang mempertimbangkan untuk menghadapi prosedur kosmetik perlu meluangkan masa untuk mencari pengamal yang memiliki reputasi, selamat dan berkelayakan serta mempertimbangkan potensi kesan pembedahan terhadap kesihatan fizikal dan mental mereka.

“Keselamatan pesakit mesti sentiasa diutamakan, itulah sebabnya kami mempertimbangkan sama ada perlu ada lebih penjelasan mengenai cara rawatan dan perlindungan yang lebih kukuh dan  teguh menerusi garis panduan yang ditetapkan untuk penyedia rawatan,” katanya.

Sumber: Dailymail.co.uk

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma