Siakap Keli
penyakit depresi
Gambar: Facebook Nurul Syuhaida Abdul Razak

“Penyakit Anak Saya Ni Real Ke Doktor?” Punca Dibuli, Pakar Psikiatri Dedah Lukisan Halusinasi Pesakit Kemurungan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sebenarnya penyakit kemurungan atau disebut ‘depresi’ memang berlaku dalam kalangan masyarakat dan persekitaran kita.

Penyakit depresi atau istilah psikologinya, Major Depressive Disorder (MDD) semakin serius walaupun jika dilihat personaliti seseorang itu tampak normal tanpa kita sedari.

Kebiasaannya, ada sesetengah individu yang mengalami kemurungan dipercayai akan mengasingkan diri mereka daripada orang lain untuk satu tempoh tertentu.

Namun kemurungan yang menyelubungi jiwa tidak mustahil boleh melarat kepada perkara lebih serius, antaranya timbul psikosis hingga menyebabkan mereka berhalusinasi dan delusi.

Terdapat banyak faktor yang menjadi punca berlakunya kemurungan, sebagai contoh, seseorang yang kerap dibuli dalam pelbagai bentuk termasuklah body shaming hingga dia berasa malu dan hilang arah.

Lukisan misteri pesakit kemurungan

Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Baru-baru ini, seorang pakar psikiatri, Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak ada berkongsi satu hantaran ringkas di Facebook, memaparkan beberapa lukisan ‘misteri’ yang dilukis oleh seorang pesakit.

Apa yang menjadi perhatian ramai, lukisan-lukisan tersebut hampir kesemuanya menyerupai imej-imej makhluk aneh. Tidak pasti gambaran makhluk itu ‘dilihatnya’ dari mana atau bagaimana.

“Pesakit mengalami depresi atau kemurungan atau Major Depressive Disorder akibat dibuli.

“Dari kemurungan, dia mula mempunyai psikosis (halusinasi dan delusi) yang membawa beliau ke hospital,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli baru-baru ini.

Berikut di bawah adalah perkongsiannya mengenai kejadian itu yang dikongsikan di Facebook miliknya sebelum ini.

REALITI

penyakit depresi
Gambar: Facebook Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

“Penyakit anak saya ni real ke doktor?”

“Ya,”

“Selama ini saya hanya tengok di TV, tak sangka anak saya alaminya. Dia memang dah bukan dia yang dulu. Ada orang kata ni buatan orang, ada yang kata mengada-ngada. Saya tak percaya. Memang ini real kan doktor?”

“Ya puan, apa yang dialami, apa yang dirasai adalah benar. Dia bukan berpura-pura atau mengada-ngada. Ini halusinasi dan dia sudah lama bertahan, hingga halusinasi ini sudah mula “mengkomsusi” dirinya,”

Jeda.

“Apa patut saya buat?”

“Sokonglah dia semampunya puan, dia perlu tahu, ada orang yang mencapainya saat dia jatuh, dan mencarinya saat dia hilang,”

Gambar dikongsi dengan izin. Untuk tujuan pengetahuan.

Adakalanya, tidak semua terapi dengan kata-kata, gambar sering berbicara membawa seribu makna.

Usah menghakimi pada derita, jika tidak kau tahu sakitnya sengsara.

* Ubatan sudah dimulakan

#DrIdaSyuhaida

#ourmentalhealthmatters

#letsfightthestigma

Berikut di bawah adalah lukisan-lukisan yang dilukis pesakit tersebut. Dipercayai setiap satu daripada gambar ini mungkin ada maknanya tersendiri, dilukis pada waktu dan situasi tertentu.

penyakit depresi
Gambar: Facebook Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Gambaran seolah-olah dirinya sedang ‘dibelenggu’ dan amat merayu pertolongan.

Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Gambaran kod bar yang dilukis pada tangan dan ditampal plaster luka di atasnya. Memetik komentar daripada Fik Angel Crescent, yang berbunyi, “Sebenarnya ini bar code. Untuk lampiaskan rasa sakit dalam diri diorang.

“Dengan cara ni diorang boleh rasa lega. Sebab rasa sakit dalam minda diorang boleh teralih ke sakit di luka-luka ni. Macam tulah yang saya tahu,” katanya di komentar.

Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Gambaran yang agak tidak jelas, tapi tertera beberapa ayat yang cukup mencerminkan perasaannya seperti “Tolong gembirakan orang tapi tiada siapa yang suka kau”, diikuti perkataan lain seperti ‘mati’, ‘loser’, ‘tak berguna’ dan sebagainya.

Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Gambaran seolah-olah pesakit tidak boleh lelapkan mata walaupun waktu sudah hampir menjelang Subuh gara-gara fikirannya dibelenggu ‘overthinking’.

Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Gambaran melihat dirinya sendiri pada cermin dalam keadaan tertekan.

Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Gambaran seolah-olah seorang individu berdiri di atas bukit, disusuli ayat “Aku cuma nak mati”.

Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Gambaran seolah-olah dalam sesuatu perkara yang difiirkannya di minda, turut berkait dengan perkara-perkara lain yang dipercayai menyumbang kepada rasa tertekan.

Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak
Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak
Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Gambaran seolah-olah tidak tahu macam mana nak jelaskan pada orang lain apa yang dialaminya.

Gambar: FB Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Sumber: Facebook Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?