Siakap Keli
Saintis Temui Virus Baharu Di China
Gambar: India Today

Saintis Temui Virus Baharu Di China, 35 Orang Dilapor Telah Dijangkiti Setakat Ini

Saintis Temui Virus Baharu Di China, 35 Orang Dilapor Telah Dijangkiti Setakat Ini

Satu virus baharu yang boleh disebarkan kepada manusia daripada haiwan, dilaporkan telah menjangkiti 35 orang di wilayah Shandong dan Henan, Menurut Kajian Saintis dari China, Singapura dan Australia dalam New England Journal of Medicine.

Menurut The Straits Times, setakat ini tiada bukti bahawa ia menular dari manusia ke manusia.

Henipavirus atau Langyahenipavirus atau nama lainnya LayV telah dikesan pada akhir tahun 2018 tetapi baru dikenal pasti secara rasmi oleh para saintis pada minggu lepas menurut The Guardian.

Menurut Bloomberg, penemuan ini dikesan menerusi sistem pengesanan awal bagi pesakit yang demam serta terdedah kepada haiwan.

Virus ini ditemui selepas swabs test dilakukan daripada kerongkong pesakit. Pesakit yang berjaya dikesan kebanyakkannya merupakan petani.

Virus ini merupakan virus yang baru dan belum tersebar kepada manusia sebelum ini.

Berdasarkan laporan The Sun, terdapat dua virus daripada keluarga yang sama yang dikenal pasti sebelum ini iaitu virus Hendra dan virus Nipah.

Kedua-dua virus ini memberi kesan yang teruk serta boleh mendatangkan maut. Virus ini masih belum mempunyai rawatan ataupun vaksin pada masa kini.

The Global Times melaporkan bahawa satu kajian mengenai jangkitan kes henipavirus Langya di wilayah Shandong dan Henan telah mendapati bahawa 26 daripada 35 kes menunjukkan mengalami gejala klinikal seperti demam, kerengsaan, batuk, anoreksia, mialgia, loya, sakit kepala dan muntah.

Professor Wang Linfa dari Emerging Infectious Diseases Programme at Duke-NUS Medical School yang terlibat dalam  kajian itu menyatakan setakat ini kes berkaitan virus tersebut tidak membawa maut atau kesan serius maka masyarakat tidak perlu panik.

Tambah beliau lagi, masyarakat perlu berwaspada kerana banyak virus yang wujud di alam semulajadi dan tidak dapat dijangka kesannya kepada manusia.

Pakar-pakar saintis masih lagi mencuba untuk mencari kepastian sama ada virus ini boleh merebak dari manusia ke manusia, lapor Daily Mail.

Berdasarkan kajian yang dilakukan tiada hubungan rapat atau sejarah pendedahan biasa di kalangan pesakit yang menunjukkan bahawa jangkitan dalam populasi manusia mungkin bersifat sporadis.

Selain itu,  sembilan kenalan pesakit dan 15 ahli keluarga kenalan rapat menunjukkan tiada penularan LayV.

Namun begitu saiz sampel kajian terlalu kecil untuk menentukan status penghantaran manusia ke manusia untuk LayV.

Berdasarkan tinjauan di dua wilayah China itu menunjukkan virus ini terdapat pada 71 daripada 262 ekor tikus dan mamalia kecil seperti lalat. Selain itu, 5 peratus virus ini dikesan pada anjing dan 2 peratus pada kambing.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, penyebaran kuman daripada haiwan kepada manusia merupakan penyumbang kepada lebih enam daripada 10 penyakit berjangkit.

Selepas Covid-19, lebih banyak sistem penjejakan virus kini tersedia dan sedang mengambil patogen yang baru.

Sumber : TheStraitsTimes

Anis Annisa