Siakap Keli
Terlepas Dari Pegangan
Gambar: Kosmo

Terlepas Dari Pegangan, Budak Dilapor Patah Tulang Akibat Dirempuh Kenderaan

Terlepas Dari Pegangan, Budak Dilapor Patah Tulang Akibat Dirempuh Kenderaan

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilapor patah tulang selangka akibat dirempuh sebuah kenderaan ekoran terlepas daripada pegangan tangan ahli keluarganya di Jalan Wakaf Aik, Bachok semalam, lapor Kosmo.

Kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang semalam mengakibatkan mangsa, 3, mengalami luka pada bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malysia (HUSM), Kubang Kerian.

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, teksi kenderaan pelbagai guna (MPV) yang melanggar kanak-kanak itu dipandu seorang lelaki yang baru selesai menghantar penumpang di Jeti Kuala Besut dan sedang menghala ke Pengkalan Chepa.

Beliau berkata, semasa kejadian berlaku mangsa memimpin tangan seorang lelaki namun bertindak untuk merentap tangan dan melintas jalan tersebut secara tiba-tiba.

Tambah beliau lagi, mangsa mengalami patah tulang selangka kanan dan terdapat luka-luka pada bahagian badan dan dibawa ke HUSM untuk rawatan lanjut.

“Insiden itu menyebabkan pemandu teksi MPV itu mengelak ke kanan jalan, namun tetap merempuh kanak-kanak itu sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Mangsa yang mengalami patah tulang selangka kanan dan luka-luka pada bahagian badan dibawa ke HUSM untuk rawatan lanjut,” katanya memetik laporan Kosmo.

 

Sumber : Kosmo

Anis Annisa