Siakap Keli
ibu pelekeh cikgu
Gambar: SCMP

Anak Naik BMW Sejak Lahir, Ibu Pelekeh Guru Tunggang Basikal, Dakwa Bagi Contoh Tak Baik Buat Anaknya

Anak Naik BMW Sejak Lahir, Ibu Pelekeh Guru Tunggang Basikal, Dakwa Bagi Contoh Tak Baik Buat Anaknya

Seorang ibu di China mengejek seorang guru kepada anaknya kerana dianggap ‘terlalu miskin’ untuk membeli kereta kerana hanya menunggang basikal ke sekolah. 

Keadaan itu telah memberikan contoh yang tidak baik sehingga menyebabkan anaknya berfikir bahawa pelajaran adalah perbuatan yang sia-sia. Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Tangkap layar perbualan antara ibu bapa dan guru tersebut tular dengan orang ramai mengecam sikap ibu tersebut yang dianggap materialistik, sombong dan biadap. 

Difahamkan, insiden tersebut berlaku pada Jun lalu ketika seorang guru bernama Wang sedang menunggang basikalnya menuju ke tempat kerja dan terserempak dengan seorang budak lelaki dari sekolah. Mereka berbalas salam dengan sopan dan meneruskan perjalanan. 

Walau bagaimanapun, apabila Wang tiba di pejabatnya dan memeriksa kumpulan guru dan ibu bapa di aplikasi WeChat, dia perasan terdapat mesej ganjil dari ibu kepada budak tersebut. 

“Cikgu Wang, kamu jangan naik basikal lagi, lebih baik kamu beli kereta,” tulis ibu itu dalam ruangan kumpulan sembang yang mempunyai 58 ahli termasuk ibu bapa dan guru lain. 

“Terima kasih ibu Rongrong kerana prihatin, tapi menunggang basikal berikan pengalaman yang luar biasa kepada saya. Lebih-lebih lagi rumah saya tidak begitu jauh,” balas Wang. 

Namun, ibu itu tetap berkeras dengan mengatakan akan menyusahkan jika hari hujan, jadi lebih baik kalau Wang membeli sebuah kereta. 

“Kalau hujan, saya tak akan tunggang basikal. Saya akan berjalan sahaja ke sekolah dengan menggunakan payung,” balas Wang. 

Memetik SCMP, pasa saat ini, ibu ini mula mendedahkan perkara yang sebenar mengapa dia mendesak guru tersebut untuk membeli kereta dan memandu ke sekolah. 

“Anak saya naik BMW sejak dia lahir dan orang-orang disekelilingnya semua mempunyai kereta yang mewah. Awak adalah seorang guru dan awak naik basikal. Apa yang akan dia fikir?” jelasnya. 

“Apa yang akan anak anda fikir dengan fakta saya menunggang basikal ke sekolah?” tanya guru kebingungan. 

“Setiap hari saya suruh di belajar bersungguh-sungguh dan dia melihat cikgu hanya menunggang basikal ke tempat kerja, apa yang dia akan fikir? 

“Dia pasti akan fikir menjadi seorang guru tidak mendatangkan hasil yang dan belajar adalah perkara yang sia-sia. Cikgu telah bekerja keras sepanjang hayat dan taraf hidup cikgu tidak sebaik anak saya. 

“Dia telah mempunyai sebuah BMW sejak dari lahir untuk dia gunakan. Saya yakin dia tidak akan belajar dengan bersungguh-sungguh di masa akan datang,” tegasnya. 

Tidak jelas sama ada guru itu membalas semula atau tidak kritikan yang dilontarkan, namun ibu bapa lain yang turut berada dalam kumpulan membidas wanita itu dan mempertahankan Cikgu Wang. 

BACA: Air Hujan Di Seluruh Dunia Kini Tidak lagi Selamat Untuk Diminum, Tinggi Bahan Kimia PFAS

Sumber: SCMP

Faiz Mustafa