Siakap Keli
Tular Lelaki Alami Kekejangan Otot
Gambar via IRONMAN Europe

Baru Nak “Sweet” Masa Melamar, Kaki Abang Ni Tiba-tiba “Cramp” Hingga Kawan Kena Tolong Urut

Baru Nak “Sweet” Masa Melamar, Kaki Abang Ni “Cramp” Hingga Kawan Kena Tolong Urut

Setiap pasangan yang menjalinkan hubungan istimewa pasti ingin tamatkan dengan ikatan perkahwinan dan menjadi sebuah keluarga yang lengkap. 

Bagi seorang perempuan, sesi melamar adalah momen yang paling ditunggu-tunggu dan bermakna bagi mereka. 

Kebanyakkan perempuan pasti mendambakan sebuah lamaran yang romantik dengan hiasan bunga mawar dan sebagainya. 

Ada juga perempuan yang cukup sekadar si lelaki meluahkan perasaan dan berhasrat untuk berkahwin dengannya. 

Seperti video yang tular baru-baru ini menerusi laman Facebook IRONMAN Europe, seorang lelaki yang baru sahaja selesai melakukan larian ingin melamar kekasih hatinya di atas pentas depan khalayak ramai. 

Namun, tragedi yang tidak disangka berlaku apabila kaki lelaki tersebut menjadi kejang atau cramp secara tiba-tiba semasa dia mahu melutut melamar gadis itu. 

Menerusi video itu, kelihatan lelaki tersebut meniarap dan kemudian dibantu oleh dua orang lelaki untuk menyempurnakan niatnya. 

Malah, wajahnya turut berkerut dipercayai cuba menahan sakit.

Di akhir video, setelah dibantu oleh dua individu lelaki tadi, dia berjaya berlutut di depan kekasih dengan mempamerkan sebentuk cincin bersama-sama soalan ‘sudikah awak berkahwin dengan saya?’. 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lamaran tersebut diterima atau tidak. Namun, mengambil kira reaksi wanita berkenaan, dapat disimpulkan pengorbanan lelaki berkenaan menahan sakit ketika membuat lamaran tersebut berbaloi.

BACA: Tular Video Lelaki Dipercayai Cuba Menyamun, Polis Sedang Buru Suspek

Sumber: IRONMAN Europe

Faiz Mustafa