Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Niat Nak Hantar Gambar Pada Kawan, Individu 'Tersnap' Sosok Hitam - "Besar, tinggi weh"

Sosok Hitam
Kredit: Threads @abdulszni

Niat Nak Hantar Gambar Pada Kawan, Individu 'Tersnap' Sosok Hitam - "Besar, tinggi weh"

Secara umum, dunia ini bukan hanya didiami oleh manusia dan hidupan bernyawa yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja.

Hakikatnya ia turut ‘dihuni’ oleh makhluk-makhluk lain yang terhijab daripada pandangan mata kita.

Makhluk ini pula hanya terlihat dalam keadaan tertentu dan apabila itu berlaku, sudah tentu seram sejuk dibuatnya, kan?

Ada yang mendakwa boleh melihat atau berbicara dengan penghuni alam ghaib ini kerana katanya deria keenam mereka terbuka.

Antara tempat yang sering dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus ialah kawasan sunyi, bangunan lama dan hutan.

Niat Nak Ambil Gambar Random Hantar Kawan Tapi Terselit Entiti 'Hitam'

Baru-baru ini, tular gambar di media sosial memaparkan penampakan makhluk halus yang didakwa berada di ruang luar rumah kedai kira-kira jam 3 pagi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @abdulszni di Threads, lelaki tersebut yang ketika itu mahu mengambil gambar untuk dihantar pada rakannya.

Namun setelah diteliti gambar yang diambil, dia menyedari terselit sosok hitam di ruang gelap di sebuah rumah kedai itu.

"Hampir demam lepas tengok.."

"Semalam aku ambik gambar random nak update kat member aku pukul 2 pagi sambil sapkok, lepastu bila masuk bilik, tengok balik gambar ni baru perasan ya allah sumpah seramm! aku hampir demam lepas tengok!! ni benda apa weh," kongsinya.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berasa seram dan memberi nasihat kepada kepadanya untuk lebih berhati-hati selepas ini.

"Besar gila!" komen seorang pengguna.

"Hantu Raya mat.. Adik aku jenis boleh nampak benda-benda macamni, dia cakap kalau mata putih jenis liar. Kalau mata merah bertuan, tak tahu la betul ke idok. Tapi hantu raya memang besar, tinggi dan berbulu. Kalau dia tumpang kereta ko tengah-tengah malam, good luck la weh," komen seorang lagi.

"Komen pun takpayah la edit bagi cerah, baru buka komen dah meremang" tulis seorang lagi.


Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang lelaki mendakwa ternampak sosok hitam selepas menyemak gambar rawak diambilnya.
  • Gambar itu didakwa dirakam di luar sebuah rumah kedai sekitar jam 2 pagi.
  • Perkongsian di Threads menerima pelbagai reaksi, termasuk pengguna yang mengaku berasa seram.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan