Siakap Keli

Berpuluh Kali Cuba, ‘Filter’ 10 Saat Ni Jadi Trend Kat IG, Berpeluh Juga Nak Habiskan

Dari hari ke hari, penggunaan media sosial ni makin seronok tau sebenarnya. Memang la kan, teknologi masa kini membolehkan pengguna media sosial untuk join macam-macam trend yang berlegar secara meluas di sosial media. Ada yang kelakar, mengajar ilmu yang baru, dan ada juga yang membuat kita sihat tubuh badan. Yang penting, mesti ramai yang nak cuba bila muncul trend baru.

Antara media sosial yang paling best dan penuh dengan trend yang viral ni semestinya Instagram. Punya lah banyak pilihan filter yang pengguna media sosial boleh pilih dalam tu. Tujuan utama selalunya orang yang cuba ni untuk tujuan berhibur. Ramai yang tak tau ni tapi baru-baru ni muncul satu filter yang makin menjadi trend tau. Filter ini jugak membawa kebaikan yang berganda.

Haa, mesti anda nak tau kan apa jenis kebaikan yang nak diketengahkan tu. Pertama sekali, filter ni boleh bantu ramai pengguna media sosial untuk berpeluh walaupun hanya dari rumah sahaja dan dapat juga burn kalori. Sihat sungguh la jadinya. Selain daripada itu juga, mereka yang guna filter ni jugak boleh dapat hadiah bernilai RM500 tau! Itu la sebenarnya yang paling untung.

Bad Lab Jumping Jack Challenge

Untuk siapa yang nak tau tentang filter ni, namanya ialah trend Bad Lab Jumping Jack Challenge. Haa, menarik kan nama dia. Kalau anda pernah ada niat nak bersenam untuk turunkan berat badan tapi sampai sekarang tak jadi-jadi, filter ni memang sesuai sangat. Apa tidaknya, kalau guna filter ni, terus badan berpeluh sampai ada yang cuba berkali-kali sebab tak puas hati.

Macam yang diperkatakan kat atas, bila guna filter ni bukan setakat boleh peluh ja, tapi lagi berbaloi boleh menang hadiah baucar JD Sport bernilai RM500. Kalau sampai RM500 ni memang macam-macam boleh beli kat sana, memang rugilah kalau tak cuba kan.

Nak Join Bad Lab Jumping Jack Challenge Sebab Rasa Tercabar?

Senang je cara nk sertai dia. Sebelum apa-apa, anda semua boleh je terus pergi ke laman web ni, dan boleh terus pilih sama ada nak Team Razor Sharp atau Team Hammered. Pilih dengan teliti tau team mana anda nak.

Lepas dah selesai pilih tu, boleh la buka IG Reel dan mula rekod anda sendiri buat Jumping Jack dengan menggunakan filter baru dari Instagram @badlabco. Misi utama adalah untuk anda buat Jumping Jack sebanyak yang boleh dalam masa 10 saat. Selesai rekod, upload terus video tu dalam Instagram dan tag @badlabco pulak. Guna juga hashtag #GetFitChallengebyBadLab.

Pemilihan Pemenang

  • Kumpulan dengan jumlah purata jumping jacks tertinggi akan menang.
  • Sebagai contoh untuk anda mudah fahm, Team A yang ada 10 peserta dengan 200 lompatan melawan dengan Team B pula yang ada 50 peserta dengan 400 lompatan. Secara rasmi, team A akan menang.

Hadiah

  • Hadiah Utama – 3 peserta tertinggi daripada kumpulan pemenang akan menang baucer JD sports yang bernilai RM500.
  • Peserta Kumpulan Pemenang – Produk Bad Lab yang berharga RM50.
  • Peserta Kumpulan Kalah – Produk Bad Lab yang berharga RM30.

Seronok bukan trend yang makin menjadi viral dalam kalangan pengguna media sosial sekarang ni. Join sekarang juga tau sebab kempen Bad Lab ni hanya berlangsung sehingga 26 Ogos 2022. Rasanya inilah peluang terbaik kita nak bersenam sambil-sambil boleh menang hadiah. Kalau nak tunggu kawan ajak ‘jogging’ petang-petang, entah bila lah pula tu.

Dah alang-alang baca sampai sini, meh nak perkenalkan 4 Classic Roll on deodorant yang boleh dapat dari brand Bad Lab.

1) Hammered (Untuk semua jenis kulit) – 50ml

Dengan kandungan aktif FluidipureTM8G, Redsnow dan juga Oxygen Complex, deodoran ini memberikan perlindungan peluh yang optimum. Datang dalam bentuk deodoran roll-on Liquid-Crystal serum yang membantu untuk menghilangkan bau badan. Dengan kandungan FluidiPureTM8G yang membersihkan, RedSnow yang meghidratkan dan juga Kompleks Oksigen untuk memastikan kulit sentiasa bertenaga dan segar sepanjang hari.

Shop Link: https://rb.gy/tpes96

2) Razor Sharp (Untuk kulit sensitif) – 50ml

Kandungan aktif di dalamnya seperti FluidipureTM8G, Redsnow dan juga Rock Crystal membantu untuk memberi perlindungan peluh yang optimum. Dalam bentuk deodoran roll-on Liquid-Crystal serum yang dapat menghilangkan bau badan. Dengan FluidiPureTM8G yang membersihkan, RedSnow yang menghidratkan dan juga Rock Crystal untuk mencergaskan dan menjana semula kulit anda.

Shop Link: https://rb.gy/fifjjd

3) Headbanger (Untuk semua jenis kulit dan menyejukkan) – 50ml

Mengandungi bahan aktif, FluidipureTM8G, Redsnow dan Glacier Water, deodoran ini akan memberi sensasi kesegaran yang menyejukkan serta perlindungan yang optimum terhadap peluh. Yang bestnya, Deodoran roll-on Liquid-Crystal serum ini mempunyai FluidiPureTM8G yang membersihkan kulit, RedSnow yang menghidratkan, dan Glacier Water untuk memastikan kulit berasa segar dan terhidrat selama 24 jam.

Shop Link: https://rb.gy/wmb4eu

4) Ex-Marina (Untuk kulit sensitif dan menyejukkan) – 50ml

Dengan adanya bahan aktif FluidiPureTM8G, Redsnow dan Tiger Grass, produk ini akan memberikan rasa sensasi sejuk dengan perlindungan terhadap peluh yang optimum buat mereka yang mempunyai kulit sensitif. FluidiPureTM8G di dalam deodoran roll-on Liquid-Crystal serum ini mempunyai sifat membersihkan kulit manakala kandungan RedSnow di dalamnya akan melembapkan kulit pemakai. Ia juga mengandungi Tiger Grass sebagai antioksidan untuk melindungi kulit dan menghilangkan bau badan.

Shop Link: https://rb.gy/wqskwp

Nor Fakhry