Siakap Keli
Tarik Larangan Penghantaran Makanan
Gambar : Bernama

Hospital Sungai Buloh Tarik Semula Larangan Penghantaran Makanan

Hospital Sungai Buloh Tarik Semula Larangan Penghantaran Makanan

Pihak Pengurusan Hospital Sungai Buloh memaklumkan akan menarik balik semua larangan menggunakan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian untuk kakitangan dan pesakit di hospital tersebut secara serta merta.

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur A/P Prem Singh berkata, pihaknya menghargai segala maklum balas dikeluarkan mana-mana pihak susulan tular memo dalaman bertarikh 9 Ogos sejak Rabu.

“Terima kasih diucapkan atas segala maklum balas dan pandangan yang dikemukakan,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihak Hospital Sungai Buloh kekal komited dan prihatin dengan keperluan, kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital berkenaan.

Sehubungan dengan itu, pihak pihak Pengurusan Hospital Sungai Buloh telah menarik balik semua larangan yang ditetapkan berkuat kuasa serta merta.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia via Facebook

Anis Annisa