Siakap Keli
Ribuan Ikan Terdampar Mati
Gambar via 9NEWS

Ribuan Bangkai Ikan Ditemui Terdampar Di Pantai Australia, Dipercayai Mati ‘Kelemasan’

Ribuan Bangkai Ikan Ditemui Terdampar Di Pantai Australia, Dipercayai Mati ‘Kelemasan’

Ribuan ikan dilaporkan terdampar mati termasuk ikan pari di persisiran pantai Manning Park, Australia pada hujung minggu lalu.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan tersebut mula mempersoalkan tahap kualiti air di situ sama ada ia sesuai untuk melakukan aktiviti berenang dan memancing. 

“Saya ke sini pada pagi Sabtu lalu dan mendapati terdapat ribuan ikan terdampar mati di pesisir pantai.

“Mungkin terdapat banyak lagi ikan yang akan mati melihat dari jumlah ikan yang terdampar semakin meningkat ,” jelas penduduk, Tony Povey, lapor 9NEWS.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar (EPA) New South Wales sedang berusaha mencari punca kematian ribuan ikan yang terdampar di tepi pantai ini dengan mengambil beberapa sampel ikan dan air. 

Menurut jurucakap EPA David Gathercole berkata, warna kelabu yang terdapat pada bahagian insang ikan-ikan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan oksigen. Walau bagaimanapun, ujian tetap perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian. 

Dalam pada itu, satu lagu yang mungkin menjadi punca ikan-ikan ini mati adalah lemas dalam ‘air hitam hipoksik’ yang berlaku selepas hujan. 

BACA: NASA Kesan Asteroid Sebesar ‘Canary Wharf’, Dijangka Akan Langgar Orbit Bumi 22 Ogos Ini

Sumber: 9NEWS

Faiz Mustafa