Siakap Keli
Isu Ini Melibatkan Hukum Hakam Agama
Gambar: Twitter

Isu Ini Melibatkan Hukum Hakam Agama, Tindakan Tegas Akan Dikenakan – Menteri

Isu Ini Melibatkan Hukum Hakam Agama, Tindakan Tegas Akan Dikenakan – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad memaklumkan bahawa tindakan tegas bakal dikenakan ke atas individu yang didakwa wanita mengerjakan umrah namun berpakaian ihram lelaki.

Menurutnya, isu tersebut melibatkan hukum hakam agama dan pihaknya telah pun berhubung dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melakukan tindakan sewajarnya.

“Pihak saya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya memohon pihak KDN untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti,” tulisnya di Facebook.

Tambahnya lagi, beliau turut menghubungi pihak MOTAC bagi mendapatkan kesahihan berkenaan perkara tersebut dan akan menjamin untuk mengenakan tindakan tegas ke atas individu yang terbabit menguruskan wanita berkenaan.

“Saya juga telah menghubungi pihak MOTAC untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial berkenaan dakwaan seorang wanita yang berpakaian ihram lelaki mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.

Hantaran tersebut telah membuatkan rata-rata netizen marah dan menggesa supaya pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas.

Sumber: Idris Ahmad

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.