Siakap Keli
Bedak Bayi
Kredit Reuters

Johnson & Johnson Bakal Hentikan Penjualan Bedak Bayi Talkum Tahun Depan

Johnson & Johnson Bakal Hentikan Penjualan Bedak Bayi Talkum Tahun Depan

Johnson & Johnson (J&J) akan menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum secara global pada 2023, kata syarikat itu pada Khamis, iaitu selepas lebih dua tahun syarikat tersebut menghentikan penjualan produk berkenaan di Amerika Syarikat yang telah menarik pelbagai tuntutan saman daripada pengguna.

“Sebagai sebahagian daripada penilaian portfolio di seluruh dunia, kami telah membuat keputusan komersial untuk beralih kepada produk bedak bayi berasaskan tepung jagung,” katanya sambil menambah bahawa bedak bayi berasakan tepung jagung itu sudah dijual di negara seluruh dunia.

Pada tahun 2020, J&J mengumumkan bahawa ia akan menghentikan penjualan bedak bayi di Amerika Syarikat dan Kanada selepas permintaan semakin menurun berikutan apa yang dipanggil “maklumat salah” tentang keselamatan produk tersebut di tengah-tengah cabaran undang-undang yang datang bertubi-tubi.

Syarikat itu berdepan dengan kira-kira 38,000 tuntutan saman daripada pengguna dan mereka yang mendakwa produk talkumnya menyebabkan kanser akibat pencemaran dengan asbestos, sejenis bahan karsinogen.

J&J bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata ujian saintifik dan kelulusan kawal selia selama beberapa dekad telah menunjukkan produk talkumnya selamat dan bebas asbestos. Pada Khamis, ia mengulangi kenyataan tersebut ketika mengumumkan pemberhentian penjualan produk itu.

J&J membatalkan anak syarikat LTL Management pada bulan Oktober, menyerahkan tuntutan  talc kepadanya dan serta-merta meletakan syarikat tersebut sebagai muflis sekaligus menghentikan tuntutan mahkamah yang belum selesai.

Mereka yang telah menyaman Johnson & Johnson berkata syarikat itu perlu mempertahankan diri dalam tindakan undang-undang tersebut, manakala J&J dan anak syarikat yang muflis mengatakan ia adalah cara yang saksama untuk membayar pampasan kepada pihak yang menuntut.

Ben Whiting, seorang peguam dengan firma plaintif Keller Postman berkata, kerana tindakan undang-undang berhenti disebabkan kebankrapan, keputusan jualan syarikat tidak akan memberi kesan kepada mereka serta-merta.

Tetapi jika mahkamah rayuan persekutuan membenarkan kes itu diteruskan, pengguna boleh cuba menggunakan keputusan Johnson & Johnson untuk menarik produk sebagai bukti, kata Whiting.

Sebelum pemfailan kebankrapan, syarikat itu berdepan dengan kos sebanyak RM 15.5 bilion berhubung keputusan dan penyelesaian tuntutan saman, termasuk satu daripada 22 wanita yang telah diberikan anugerah penghakiman lebih daripada RM 8.8 bilion, menurut rekod mahkamah.

Cadangan pemegang saham yang menyeru untuk menamatkan penjualan global bedak bayi talkum itu gagal pada April lalu.

Dijual sejak 1894, bedak bayi Johnson menjadi simbol imej syarikat mesra keluarga. Pembentangan pemasaran dalaman J&J dari tahun 1996 merujuk kepada bahagian produk bayi, dengan bedak bayi disebut sebagai produk nombor 1 J&J.

BACA: FBI Geledah Rumah Trump, Cari Dokumen Sulit Termasuk Rahsia Senjata Nuklear Dipercayai Dibawa Keluar Dari White House

Sumber: CNA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka