Siakap Keli
Trump
Kredit The Guardian

FBI Geledah Rumah Trump, Cari Dokumen Sulit Termasuk Rahsia Senjata Nuklear Dipercayai Dibawa Keluar Dari White House

FBI geledah rumah Trump untuk mencari dokumen senjata nuklear

Agen-agen daripada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dilapor menggeledah sebuah rumah mewah milik Donald Trump Isnin lalu bagi mendapatkan semula dokumen-dokumen rahsia termasuk mengenai senjata nuklearĀ  yang dibawa keluar daripada White House, lapor The Guardian.

Memetik laporan Washington Post, sumber yang dipercayai berkata dokumen mengenai senjata nuklear adalah antara dokumena yang sedang dicari oleh FBI daripada pusat peranginan Mar-a-Lago milik Trump.

Sumber berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada dokumen senjata nuklear itu adalah berkenaan senjata yang dimili oleh Amerika Syarikat atau negara lain.

Laporan itu dibuat beberapa jam selepas peguam negara, Merric Garland, berkata beliau secara peribadi membenarkan permintaan kerajaan untuk mendapatkan waran geledah dan mendedahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah meminta Mahkamah di Florida untuk menjadikan waran itu sebagai pengetahuan umum, selepas Trump sendiri berkongsi mengenai serbuan itu dengan orang ramai.

Trump dalam pendedahannya meminta kerajaan segera mendedahkan jenis dokuman yang didakwa berada di dalam kediamannya dan menyifatkan serbuan berkenaan sebagai ‘tidak Amerika’.

Pengumuman itu dibuat Garland selepas mendapat tindak balas agresif daripada penyokong Trump yang mendakwa serbuan itu bermotifkan politik. Khamis lalu, seorang lelaki yang cuba menceroboh pejabat FBI di Cincinnati telah ditembak mati oleh polis.

Trump diketahui menunjukkan minat yang mendalam terhadap senjata nuklear yang dimiliki Amerika Syarikat di sepanjang tempoh dia berkhidmat sebagai Presiden negara itu.

Pada 2017, dia dilapor pernah meminta para pemimpin tertinggi tentera Amerika Syarikat untuk menambah bekalan senjata nuklear, menyamai apa yang dimiliki negara itu ketika kemuncak Perang Dingin. Permintaan tersebut sekiranya dipenuhi, menyaksikan senjata nuklear yang dimiliki Amerika Syarikat meningkat sepuluh kali ganda hingga menyebabkan salah pegawai tertinggi kerajaan menyifatkan Trump sebagai orang ‘gila dan bodoh’.

Trump juga secara terbuka pernah mengugut untuk menggunakan senjata tersebut bagi menghacurkan Korea Utara dan Afghanistan.

Seorang wartawan veteran Amerika Syarikat yang juga penulis buku mengenai kerjaya presiden Trump, Rage, Bob Woodward berkata Trump dalam satu temu bual bersamanya mendedahkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai senjata baharu yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa termasuk termasuk Vladimir Putin dan Xi Jinping.

Bob kemudian mendapat tahu bahawa Amerika Syarikat benar-benar mempunyai senjata tersebut dan seorang pegawai tertinggi kerajaan mengakui sangat terkejut dengan tindakan Trump mendedahkan perkara tersebut.

Sumber: The Guardian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka