Siakap Keli
ditanam hidup-hidup
Gambar: Mirror UK

Lelaki Ditanam Hidup-Hidup, Dipercayai Jadi Mangsa Ritual Korban ‘Ibu Bumi’

Seorang lelaki menceritakan detik-detik cemas apabila tersedar dalam keranda selepas ditanam hidup-hidup dipercayai sebagai korban kepada ‘Ibu Bumi’ oleh pengunjung sebuah festival.

Memetik Mirror, semasa kejadian, mangsa berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri. Sebaik sahaja tersedar, dia mendapati dirinya berada di dalam sebuah keranda di bandar Achacachi, sejauh 80 km dari lokasi festival tersebut.

Menurut kepercayaan penduduk Bolivia, Ibu Bumi merupakan sebuah festival dimana mereka mengucapkan terima kasih kepada Pchamama yang merupakan dewi bumi dan kesuburan.

Pada bulan Ogos, penduduk Bolivia percaya mulut dewi tersebut akan ‘menganga’ untuk menelan apa sahaja yang dipersembahkan oleh orang ramai termasuk haiwan, gula-gula dan daun koko.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat bahawa korban manusia yang dilakukan sejak zaman purba dipercayai masih lagi diamalkan hingga ke hari ini, tetapi secara rahsia.

Oleh itu, Alvarez percaya bahawa dia telah dikuburkan secara hidup-hidup oleh mereka sebagai korban manusia.

“Malam itu merupakan malam pra-perayaan dan kami menari, selepas itu saya sudah tidak ingat apa yang berlaku.

“Apa yang saya ingat ketika itu saya masih berada di atas katil dan terasa ingin buang air kecil. Ketika itulah saya sedar yang saya tidak boleh bergerak.

“Saya tolak keranda tersebut sekuat hati hingga pecah. Dengan cara itu saya berjaya melepaskan dan menyelamatkan diri,” jelasnya, lapor Mirror.

BACA: Arab Saudi Umum Benarkan Pemegang Visa Pelancong Tunai Ibadah Umrah

Sumber: Mirror

Faiz Mustafa