Siakap Keli
Burger Mekdi
Kredit Yahoo News

Wanita Terkejut 31 Burger ‘Mekdi’ Sampai Depan Rumah, Rupanya Anak Umur 2 Tahun Pesan

Wanita Terkejut 31 Burger ‘Mekdi’ Sampai Depan Rumah, Rupanya Anak Umur 2 Tahun Pesan

Kanak-kanak hanya tahu bermain dan melakukan apa yang mereka suka, tetapi seorang ibu di Texas terkejut apabila anaknya yang berusia 2 tahun telah memesan 31 buger keju dari McDonalds melalui telefonnya.

Anak lelaki Kelsey Burkhalter Golden, Barret menggunakan telefonnya yang tidak berkunci untuk memesan penghantaran McD bernilai RM 273 dari restoran, yang terletak enam batu dari rumah mereka. Termasuk ‘tip’ dan yuran aplikasi, keseluruhan pesanan ialah RM 407.

Wanita itu berkongsi pengalamannya di Facebook dan memberitahu Today Food ketika itu dia menyangka anaknya hanya mengambil gambarnya sendiri ketika bermain dengan telefon miliknya.

“Dia hanya bergerak dengan pantas dan membuat gerakan seperti roller coaster dengan jarinya. Saya fikir dia hanya melihat pantulannya dan membawa telefon itu ke sekeliling dan kira-kira 30 minit kemudian, saya mendapat pesanan teks daripada syarikat DoorDash yang memberitau ia akan mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk menyiapkan pesanan yang dibuat,” ceritanya sambil ketawa.

Kesley berasa keliru dengan teks itu, sebelum tersedar bahawa dia ada memesan makanan untuk dua anaknya yang lain yang berada di sekolah. Jadi, Kesley menyangka teks berkenaan adalah daripada pesanan tersebut.

Malah, Kesley turut memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa dia membuat pesanan tersebut untuk anak-anaknya.

Bagaimanapun, pihak sekolah memaklumkan tiada pesanan yang sampai. Tidak lama kemudian seorang penghantar makanan datang dan mengetuk pintu rumahnya.

“Saya buka pintu dan ada seorang gadis berdiri di luar rumah dan berkata ini 31 burger keju yang awak pesan.

“Saya melihatnya dengan rasa canggung selama lebih kurang 15 saat sebelum mengambil pesanan tersebut, dan berkata ‘oh, terima kasih’,” sambung Golden lagi.

Penghantar makanan tersebut juga berkata terima kasih untuk ‘tip’. Apabila menutup pintu, Kesley terus mencari dan memeriksa telefonnya.

Selepas itu, barulah dia menyedari bahawa pesanan berkenaan dibuat ketika anaknya bermain dengan telefon bimbit tersebut. Dia berkata saat itulah dia mengetehui bahawa DoorDash tidak memerlukan sebarang pengecaman muka atau pemeriksaan keselamatan sekunder untuk membuat pesanan.

Memandangkan anaknya bukanlah penggemar burger, Kesley kemudian mengagihkan makanan tersebut kepada jiran-jirannya secara percuma.

Sumber: Yahoo News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka