Siakap Keli
Sewa Ruangan Iklan Akhbar Guna Kad Kredit Bekas Kekasih
Gambar: India Times

Berang Dicurangi, Wanita Nekad Sewa Ruangan Iklan Akhbar Guna Kad Kredit Bekas Kekasih

Berang Dicurangi, Wanita Nekad Sewa Ruangan Iklan Akhbar Guna Kad Kredit Bekas Kekasih

AUSTRALIA – Seorang wanita di Australia nekad mengeluarkan satu halaman penuh iklan di surat khabar hanya untuk membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya yang curang, lapor India Times.

Apa yang lebih menariknya ialah wanita tersebut berbuat demikian dengan menggunakan kad kredit bekas teman lelakinya.

A woman in Australia took out a full-page newspaper ad to get revenge on her cheating ex.

Pembaca surat khabar tersebut amat terkejut apabila mendapati terdapat kandungan iklan untuk satu halaman penuh yang memaparkan mesej balas dendam terhadap bekas teman lelakinya.

“Hai Steve, saya harap awak gembira dengan dia, sekarang seluruh bandar akan tahu betapa jahatnya awak penipu yang curang,” tulis iklan tersebut.

Ia bukan bahagian yang terbaik dalam iklan itu. Apa yang paling mencuit hati adalah, pada penghujung mesej tersebut di mana wanita itu telah memaklumkan bekas teman lelakinya itu bahawa dia telah membeli iklan tersebut menggunakan kad kreditnya.

“P.S. Saya membeli iklan ini menggunakan kad kredit anda,” kata mesej tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan kenyataan mereka pada hari Jumaat bahawa pihaknya telah dibanjiri dengan mesej daripada pembaca mengenai iklan yang muncul di muka surat empat akhbar tersebut.

“Kami tidak tahu siapa Steve, tetapi nampaknya dia sangat teruk,” kata akhbar itu dalam catatan di Facebook mereka.

“Kami tidak akan mendedahkan sebarang butiran mengenai wanita tersebut. Kami tidak mengecaj kad kredit berkenaan,” tambah mereka lagi.

Sumber: India Times, Facebook

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani