Siakap Keli
ets ke thailand
Kredit: KTMB/Coconuts/Bernama/Bicycle Thailand via Google

Nak Melancong Ke Thailand Naik ETS? Ini Panduan Penuh Trip Malaysia-Hat Yai

Nak Melancong Ke Thailand Naik ETS? Ini Panduan Penuh Trip Malaysia-Hat Yai

Rangkaian kereta api Malaysia-Thailand kini dibuka dan anda boleh mengambil ETS Business Class untuk bergerak dari Kuala Lumpur ke Thailand dan sebaliknya.

Jika anda sampai ke stesen awal, penumpang bagi kelas bisnes boleh memasuki ruang menunggu VIP dan menunggu saat pelepasan.

Kredit: KTMB

Kemudahan yang ditawarkan dalam servis Kereta Api Elektrik (ETS)

Kemudahan yang ditawarkan di dalam kereta api adalah lengkap, termasuklah tempat pengecasan, skrin sentuh, Wi-Fi percuma, tandas yang besar dan bersih, serta tempat duduk perseorangan dan berpasangan.

Di dalam kereta api tersebut, terdapat atendan kereta api yang sentiasa bersedia untuk membantu anda pada setiap masa. Jika anda tiba-tiba berasa lapar, jangan risau. Hidangan yang sedia untuk dihangatkan juga didapati di dalam kereta api.

Kredit: @TeamKrabiFishing (Facebook)

Anda berminat dan hendak tahu dengan lebih mendalam? Jangan risau, kami akan memberikan lebih banyak maklumat kepada anda.

Harga tiket bagi kereta api Malaysia – Thailand

Bagi anda yang berada di Kuala Lumpur dan ingin ke Thailand dengan menggunakan ETS, anda boleh pergi ke stesen KL Sentral dan mengambil laluan menuju ke Padang Besar. Bagi kelas perniagaan, harga tiket boleh didapati bermula dengan RM102 sehala dan bagi kelas ekonomi pula bermula dengan RM80.

Jika anda merupakan penduduk Pulau Pinang, anda boleh mengambil ETS di Stesen Tasek Gelugor dan berhenti di Stesen Padang Besar. Bagi harga tiket kelas perniagaan, tanda harga bermula dari RM33 sehala dan bagi kelas ekonomi pula, harga tiketnya bermula daripada serendah RM27.

Anda boleh melakukan tempahan tiket kereta api Malaysia – Thailand pada pautan ini: https://online.ktmb.com.my

Perkara yang anda perlu lakukan setelah sampai di Padang Besar

Sesudah kereta api berhenti di Padang Besar, Perlis, anda perlu ke kaunter imigresen terlebih dahulu sebelum menyambung perjalanan menuju ke sempadan Thailand.

Anda perlu berjalan lagi lima minit ke stesen kereta api Thailand dan membeli tiket kereta api SRT Thailand menuju ke arah Hat Yai atau Bangkok. Anda juga boleh melakukan tempahan awal di BusOnlineTicket.co.th.

Perjalanan dari stesen kereta api Padang Besar ke Hatyai hanya mengambil satu jam sahaja. Tiketnya pula dalam lingkungan 50 Baht (RM6.27) sahaja. Jika anda meneruskan perjalanan ke wilayah Suratthani, ia akan mengambil masa dalam anggaran enam jam.

Kredit: @TeamKrabiFishing

Jika anda memilih untuk melakukan perjalanan pada waktu malam, anda digalakkan untuk memilih sleeper train yang memiliki pendingin hawa. Kemudian, anda boleh berehat di dalam gerabak dan menghabiskan masa sepanjang perjalanan dengan selesa.

Waktu pelepasan kereta api Malaysia – Thailand

Berikut merupakan waktu berlepas bagi kereta api Malaysia – Thai:

Bagi perjalanan dari Padang Besar ke Hat Yai, anda perlu menaiki kereta api bernombor 947 yang berlepas pada pukul 7.30 pagi dan nombor 949 pada pukul 2 petang. Manakala bagi perjalanan pulang dari Hat Yai ke Padang Besar, anda perlu menaiki kereta api bernombor 948 pada pukul 8.55 pagi dan nombor 950 pada 3.40 petang.

Kredit: KTMB

Terdapat lagi satu pilihan iaitu dengan menaiki van mini daripada stesen kereta api Padang Besar ke Hat Yai. Terdapat banyak pemandu yang menawarkan servis pengambilan dan penghantaran penumpang berdekatan stesen kereta api tersebut. Kos untuk seorang penumpang adalah dalam lingkungan  200 Baht (RM25) dan 2,000 Baht (RM250) bagi perkhidmatan kereta sewa untuk 10 orang.

Sumber: FB The Andaman Connection – Krabi Pro Sports Fishing Team / KTMB Online

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma