Siakap Keli
Kredit: Thailand Food Corps & Nikkei Asia

14 Tahun Kekal Harga Lama, Pembuat Mi Segera Minta Thailand Naikkan Harga

Syarikat pembuatan mi segera pada semalam meminta kerajaan Thailand bagi membenarkan mereka untuk menaikkan harga produk mereka bagi menampung kos pembuatannya yang semakin meningkat.

Tindakan ini berpotensi menyebabkan lonjakan harga yang mendadak untuk makanan ruji buat kali pertama dalam masa 14 tahun. Harga mi segera dan makanan ruji yang lain telah dikawal di bawah undang-undang Thailand.

Lima jenama mi segera termasuklah Mama, Wai Wai dan Japan’s Nissin mengatakan bahawa mereka sedang mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menaikkan harga produk mereka daripada 6 baht (RM0.75) kepada 8 baht (RM1.01).

Kredit: Thaliand Food Corp

Sebelum ini, terdapat beberapa permohonan untuk menaikkan harga daripada beberapa perusahaan yang tidak diluluskan oleh pihak kerajaan.

“Harga minyak telah meningkat disebabkan konflik  Rusia-Ukraine ,” kata Weera Napapruekchat, Timbalan Presiden Thai Food Products Factory. Perkara ini juga menyebabkan Wai Wai terpaksa menaikkan harga disebabkan kos tepung gandum dan minyak kelapa sawit yang turut meningkat.

Weera berkata bahawa beberapa produk jualannya telah mengalami kerugian dan ia mampu mengurangkan jualannya di Thailand. Jika permintaan mereka tidak diluluskan, mereka tepaksa berpindah ke pasaran antarabangsa, di mana harga boleh dinaikkan untuk menampung kos pembuatannya.

Pihak kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini dengan memiliti kes-kes berkaitan. Segala penyelesaian yang akan dipilih  berdasarkan situasi menang-menang antara pengguna dan usahawan, menurut kenyataan daripada Ketua Pengarah Perdagangan Dalaman Thailand, Wattanasak Sur-iam.

Sumber: Channel News Asia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma