Siakap Keli
polis mengadu makanan tak berkualiti
Gambar: video dari Twitter

Sebak Mengadu Makanan Tak Berkualiti & Waktu Kerja Terlalu Panjang, Anggota Polis ‘Direhatkan’

Seorang pegawai polis di Uttar Pradesh, India yang sebak mengadu makanan diterimanya didakwa tak berkualiti ‘direhatkan’ untuk satu tempoh yang lama, lapor The Independent.

Selain mengadu makanan tidak memenuhi standard, Manoj Kumar, 26, juga turut meluahkan tentang waktu kerjanya (bertugas) yang didakwa terlalu panjang.

Luahan sebaknya kepada pihak atasan secara terbuka sambil berdiri memegang sepinggan makanan itu dirakam dalam satu video tular berdurasi dua minit 10 saat.

“Tidak ada siapa yang sudi mendengar cakap kami. Saya lapar sejak pagi. Kepada siapa yang harus saya mengadu?” katanya sambil menangis tersesak-esak kepada Times of India menerusi laporan The Independent.

Bagaimanapun ekoran aduan tersebut, Manoj akhirnya diperintahkan untuk direhatkan daripada bertugas untuk satu tempoh yang lama.

Gambar: petikan video Twitter

Dalam pada itu, Kumar menjelaskan kepada pemberita bahawa dia telah ‘direhatkan’ bagi tempoh yang lama dan perkara itu mengancam status pekerjaannya.

“Saya tetap dengan berpegang dengan kata-kata saya dan saya terpaksa berdiri berjam-jam tanpa makanan.

“Pegawai kanan mahu menutup kes itu dan mereka menfitnah saya dengan mereka cerita bahawa saya tidak sihat.

“Saya dikasari dan dikurung dalam sebuah bilik selepas video itu tular di media sosial. Telefon saya dirampas dan semua data dipadam.

“Mereka juga cuba untuk membawa saya ke Institusi Kesihatan Mental dan Hospital di Agra,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, menurut Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath, beliau berjanji untuk memberikan peruntukan RM105 bagi penyediaan makanan bernutrisi bagi setiap pegawai polis.

Untuk rekod, video itu telah meraih hampir 8,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai di platform Twitter.

Ekoran itu, orang ramai mempersoalkan kerajaan negeri mengenai diet buruk dan nutrisi tidak sihat yang diperuntukkan terhadap anggota polis.

Sumber: The Independent

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?