Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penerbangan Ihsan JBPM Bawa Dua Anak Orang Asli Ke Hospital

Faiz Mustafa
Penerbangan Ihsan JBPM
Gambar via Bernama

GUA MUSANG, 17 Ogos (Bernama) — Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan dengan membawa seorang kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan Orang Asli untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) semalam.

Affenzie Khylic Keyei, dua tahun dari Kampung Piyel dan bayi perempuan Lili Safina berusia lapan bulan dari Pos Bihai Lama, demam panas, mengalami masalah sesak nafas, batuk dan selesema.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata penerbangan ihsan itu tiba di Kampung Piyel pada 12.15 tengah hari sebelum ke Kampung Bihai Lama pada 12.25 tengah hari.

“Penerbangan ihsan itu menggunakan helikopter Agusta Westland 189 bersama lima anggota dan turut membawa dua pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Cuaca berawan serta berjerebu sepanjang penerbangan semalam dan jarak penglihatan yang agak baik tidak menjejaskan penerbangan itu. Operasi tamat pada 1.50 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA