Siakap Keli
Poxy McPoxface & TRUMP-22 Antara Nama Baru 'Monkeypox'
Gambar via NDTV

Poxy McPoxface & TRUMP-22 Antara Nama Baru ‘Monkeypox’  Dicadangkan Orang Ramai Kepada WHO 

Poxy McPoxface & TRUMP-22 Antara Nama Baru ‘Monkeypox’  Dicadangkan Orang Ramai Kepada WHO 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini telah meminta orang ramai untuk memberikan cadangan mereka akan penciptaan nama baharu bagi virus monkeypox, lapor Mothership.

Jurucakap WHO, Fadela Chaib berkata, organisasi itu mahu mencari nama yang ‘tidak mencemarkan’.

Beliau menjelaskan, “adalah sangat penting kita mencari nama baharu untuk cacar monyet kerana ini adalah tindakan dan perkara terbaik untuk tidak membuat sebarang kesalahan mahupun kesan kepada kumpulan etnik, wilayah, negara, haiwan dan lain-lain.”

“Poxy McPoxface”

Menurut laporan, Salah satu nama baharu yang dicadangkan adalah “Poxy McPoxface”, yang dikemukakan oleh seseorang bernama Andrew Yi.

Nama itu merujuk kepada “Boaty McBoatface”, yang telah memenangi tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Majlis Penyelidikan Alam Sekitar Semula Jadi UK, selepas mereka meminta orang ramai untuk menamakan kapal penyelidikan terbaharu mereka.

“TRUMP-22”

Nama lain yang dihantar ke laman web WHO ialah “TRUMP-22”.

Menurut maklumat, orang yang menyerahkan nama itu berkata bahawa ia adalah singkatan untuk “Ruam Toksik dari Asal Misteri Tidak Diiktiraf 2022”.

“Mpox”

Selain itu, penyerahan nama yang popular dan diberi cadangan ialah “Mpox”.

Ia telah dikemukakan oleh Samuel Miriello iaitu pengarah sebuah organisasi kesihatan lelaki di RÉZO.

Miriello memberitahu, “apabila anda mengalih keluar imej monyet, orang ramai nampaknya lebih cepat memahami bahawa terdapat kecemasan yang perlu diambil serius,” katanya.

Tidak akan muncul dengan nama yang “tidak masuk akal”

WHO masih belum dapat membuat keputusan mengenai nama baru untuk virus monkeypox.

Walau bagaimanapun, menurut laporan juga, WHO berkata pihak mereka akan memutuskan nama yang diserahkan “mengikut kesahihan saintifik, kebolehterimaannya, kebolehucapannya sama ada ia boleh digunakan dalam bahasa yang berbeza,” jelasnya.

WHO turut menambah dengan memberitahu bahawa pihak mereka “tidak akan menghasilkan nama yang tidak masuk akal”.

Organisasi itu telah menamakan semula varian virus monkeypox dari wilayah Afrika kepada angka Roman.

Memberi nama baharu kepada penyakit sedia ada adalah tanggungjawab WHO di bawah Klasifikasi Penyakit Antarabangsa dan Keluarga Pengelasan Berkaitan Kesihatan Antarabangsa (WHO-FIC) WHO.

Sumber: Mothership.sg, Twitter

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.