Baru-baru ini tular satu video di China yang memaparkan seorang bayi termakan najis sendiri ketika berada di rumah bersama bapanya.
Memetik laporan South China Morning Post, video tersebut telah mendapat 220 juta tontonan di aplikasi Weibo dan mendapat kecaman ramai.
Menerusi video tersebut, tindakan bayi terbabit tidak disedari oleh bapanya yang didakwa sedang leka bermain telefon bimbit, dalam kejadian di Changchun, wilayah Jilin, timur laut China pada 4 Ogos lalu.

Menurut ibu kepada bayi terbabit, anak lelakinya itu ditinggalkan di rumah bersama suaminya kerana dia bekerja pada hari itu.
“Apabila saya pulang dari kerja, saya perasan bahawa semua penutup tikar telah ditukar. Saya juga merasa hairan kerana dia (suaminya) begitu tekun mencuci pakaian.
“Pada mulanya suami saya tidak berani memberitahu perkara sebenar dan hanya mengatakan bayi tu membuang air besar dan mengotorkan tikar,” katanya.
Oleh sebab merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena, dia memeriksa rakaman CCTV di dalam rumahnya dan terkejut apabila melihat bayinya bermain-main dan memakan najis sendiri.

“Bayi itu membuang air besar, bermain-main, malah memakan najis sendiri ketika berada di sebelah bapanya, tetapi dia tidak menyedari perkara tersebut sehingga lima minit kemudian.
“Bayi tersebut memandang bapanya sepanjang masa ketika memakan najis itu, tetapi bapanya tidak merasakan apa-apa yang pelik,” katanya.
Walaupun ramai yang menonton video tersebut merasakan bahawa ia kejadian yang lucu tetapi rata-rata netizen berang dan menuduh bapanya cuai dan tidak bertanggungjawab.
BACA JUGA: Apa Hukum Terpijak Bekas Najis Yang Tidak Kelihatan
Sumber: South China Morning Post