Siakap Keli
Kredit: Facebook & Twitter

Konsert 8:30 Malam, Tapi Peminat Billie Eilish Sudah ‘Berkampung’ Sejak Pukul 5 Pagi

Peminat-peminat Billie Eillish yang menghadiri konsert jelajah dunianya ‘Happier Than Ever‘ telah membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil seawal 5.00 pagi pada hari ini.

Rasa berkobar-kobar ketika melihat kelibat artis kesayangan mereka di Plaza Sungei Weng masih tidak cukup untuk membuktikan rasa sayang di hati. Peminat-peminat Billie Eilish, tidak mengira sama ada akan menghadiri konsertnya ataupun hanya mahu membeli barangan artis tersebut telah ‘mengadakan perkampungan’ di lokasi konsert tersebut iaitu, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut satu ciapan Bangzuhri (@ohbangzuhri) dalam laman Twitter miliknya, dia memberitahu warganet mengenai situasi yang berlaku di luar stadium tersebut sebelum konsert berlangsung dalam bentuk bebenang (thread).

Barisan Peminat Bermula Seawal 5 Pagi

Ciapan pertama bermula pada pukul 6.54 pagi yang mengatakan ada peminat Billie Eilish yang sudah sampai ke lokasi tersebut seawal 5.20 pagi. Difahamkan bahawa peminat-peminat tersebut merupakan pemegang tiket bagi zon berdiri (standing zone).

Kredit: Twitter

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi sesiapa yang membeli tiket zon berdiri untuk datang lebih awal dari waktu sebenar konsert itu berlangsung. Hal ini adalah untuk memastikan mereka dapat berdiri berhampiran dengan pentas persembahan artis kegemaran mereka.

Perkara ini juga tidak tertakluk pada konsert Billie Eilish sahaja, malah konsert yang melibatkan artis luar negara seperti Blackpink, TWICE dan konsert Justin Bieber akan berlangsung pada Oktober juga akan menghadapi perkara yang sama. Untuk konteks yang lebih mudah, ini sudah menjadi ‘adat resam’ bagi sesiapa yang sering menghadiri konsert artis luar negara di mana-mana.

Panjang Barisan Peminat Terkeluar Daripada Khemah Penganjur

Kurang daripada dua jam selepas, itu barisan peminat yang akan menghadiri konsert tersebut semakin panjang sehingga ke hujung khemah yang disediakan oleh pihak penganjur. Khemah yang disediakan penganjur adalah sangat terhad dan pengunjung yang tiba selepas itu terpaksa beratur di luar khemah dan duduk di bawah pancaran matahari.

Kredit: Twitter

Tidak lama kemudian, barisan peminat telah menjangkau kawasan khemah penganjur pada pukul 9.17 pagi dan panjang barisan akan dijangkakan lebih panjang sehingga dua kali ganda.

Pada pukul 12.03 tengah hari, barisan tersebut sudah mengelilingi bentuk stadium apabila dilihat dari sudut belakang barisan.

Kredit: Twitter

Untuk pengetahuan, peminat tidak dibenarkan berbaris pada pintu A, B, C, D dan F. Pintu lain akan dibuka pada pukul 4.00 petang kepada pemegang tiket selain daripada tiket zon berdiri.

Berikut merupakan video TikTok kiriman Duta coket (@urmannss) yang mengambarkan suasana Stadium Nasional Bukit jalil dengan lebih terperinci.

@urmannss

Omg, kul 11 standing zone dah ramai 😱#billieeilish #malaysia #nationalstadiumbukitjalil

♬ Happier Than Ever – Billie Eilish

Kelihatan jelas, beberapa orang pengunjung konsert yang tidak dapat berbaris di bawah khemah telah mengenakan payung dan topi, demi melindungi mereka daripada sinaran matahari.

Benarlah bahawa rasa minat itu mengatasi segala-galanya. Bagi mereka, ini merupakan detik-detik terbesar dan bermakna dalam hidup mereka. Bagi sesiapa yang mengunjungi konsert, jangan lupa minum air mineral dan memakai perlindungan daripada matahari demi memastikan kesihatan anda terjaga. Nikmatilah konsert anda sebaik mungkin tanpa melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang mahupun norma masyarakat..

Sebelum ini, Siakap Keli melaporkan kisah keterujaan peminat Billie Eilish bertemu dirinya di hadapan kedua-mata mereka sendiri semasa penyanyi itu sedang makan angin di Plaza Sungei Wang semalam.

Keretan laporan terdahulu

BACA JUGA: Nak Konsert Malam Ini, Kelibat Billie Eilish ‘Melepak’ Di Plaza Sungei Wang Buat Ramai Teruja

Sumber: @ohbangzuhri via Twitter & @urmannss via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma