Siakap Keli
bellie ellish plaza sungei wang
Gambar: TikTok

Nak Konsert Malam Ini, Kelibat Billie Eilish ‘Melepak’ Di Plaza Sungei Wang Buat Ramai Teruja

Bersempena konsert pada malam ini, kelibat Billie Eilish yang syok melepak di Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur buat ramai peminatnya teruja.

Peminat Billie Eilish di Malaysia merasa teruja apabila terserempak dengan artis kesayangan mereka di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang pada petang 17 Ogos. Antara lokasi pilihan artis itu ialah Plaza Sungei Wang, sesuatu yang berada di luar kebiasaan.

Seorang penyanyi dan pencipta lagu dari US, Billie Eilish sedang menjalani konsert jelajah dunianya “Happier Than Ever”  bermula pada 3 Februari dan berakhir pada 30 September 2022. Pelbagai negara yang dikunjungi oleh artis ini termasuklah Malaysia.

Sebelum ini, Siakap Keli pernah melaporkan tentang penjualan tiket konsertnya di Malaysia pada 23 Jun lalu. Menurut satu hantaran di laman Facebook, jualan tiket pra-tempah konsert tersebut dibuka bermula pada 24 Jun kepada peminat yang berada di Manila, Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok dan juga Tokyo.

Keratan artikel terdahulu

Berdasarkan artikel itu juga, kita mengetahui bahawa tarikh konsertnya di Malaysia jatuh pada hari ini (18 Ogos). Maka, tidak hairanlah ada segelintir  rakyat Malaysia terserempak dengan dirinya sehari sebelum konsertnya berlangsung.

Penampakan Billie Eilish Bersiar-Siar di Plaza Sungei Wang

Dalam satu video tular di laman TikTok milik Sarah Balqis (@_wnsb), Billie Eilish kelihatan sedang keluar daripada pintu masuk Plaza Sungei Wang. Pemilik video yang juga merupakan seorang peminatnya merasa teruju kepada dapat berjumpa dengan artis kesayangan di tempat kerja.

Dia juga sempat mengatakan ‘Hai’ dan melambaikan tangan kepada artis itu. Respons ramah daripada Billie Eilish yang membalas sapaannya itu telah membuat hari itu cukup indah bagi dirinya.

“Dia kata yang dia seronok duduk dekat Malaysia,”

Menurut Sarah Balqis melalui balasannya terhadap komen warganet, dia juga ada bercakap dengan abang Billie Eilish, Finneas dan mengatakan kedua-dua beradik itu sangat mesra.

Bukan itu sahaja, seorang pengguna Tiktok lain juga berkongsi pengalaman pertemuannya dengan artis asal Amerika tersebut. kyll_switch (@kyll-lee13) memuat naik video pengalamannya berjumpa dengan Billie Eilish.  Ketika itu, artis itu sedang bermain kereta gokart di tempat kerjanya, Blastacar.

Kredit: TikTok

Pengguna TikTok tersebut sedang ‘flex’ bahawa dia dapat mengambil foto berdua bersama artis tersebut. Menurut kyll_switch, dia ada bersembang dengan Billie Eilish mengenai tips untuk mendapatkan catatan masa yang terbaik dan cara untuk mengawal kenderaan tersebut.

Selain itu, dia juga menambah bahawa Billie Eilish kelihatan seperti seseorang yang menggemari aktiviti lasak dan artis tersebut kelihatan sangat comel ketika beliau merasa teruja semasa main ‘drift’ tadi.

Reaksi Warganet Malaysia

Rata-rata, warganet Malaysia menzahirkan rasa teruja dan sedikit rasa iri hati kepada sesiapa yang mendapat langkah kanan untuk bertemu beliau di Plaza Sungei Wang.

Ada juga yang merasa agak terkejut atas pemilihan lokasi tersebut kerana disifatkan luar daripada kebiasaan. Lazimnya, artis luar negara akan memilih KLCC sebagai destinasinya tetapi pilihan Billie Eilish kali ini telah mendapat ‘thumbs up‘ daripada rakyat Malaysia.

@kyll_lee13

billieeilishmalaysiaconcert #billieeilishconcert #billieeilishconcert2022 #billieeilish #billieeilishtour2022 #happierthaneverworldtour #fyp

♬ Happier Than Ever – Edit – Billie Eilish

Secara keseluruhan, mereka turut berkongsi kegembiraannya menerusi komen dan akan terus menyokong aktiviti artis tersebut.

Konsert jelajah dunia ini merupakan satu promosi terhadap album studio kedua beliau, Happier Than Ever yang dilancarkan pada 2021.

Seperti yang dijadualkan, konsert Happier Than Ever yang dibawakan khas oleh Billie Eilish bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8.30 malam ini.

Sumber: @_wnsb & @kyll_lee13 via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma