Siakap Keli
lelaki parah digit anjing liar
Gambar via Utusan

Lelaki Cedera Parah Digigit Anjing Liar

Lelaki Cedera Parah Digigit Anjing Liar

TAMPIN – Seorang gelandangan mengalami cedera parah pada bahagian kakinya selepas disyaki telah digigit oleh anjing liar dalam kejadian di pekan Gemas semalam, lapor Utusan.

Menurut laporan dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pihak mereka menerima aduan daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) bahawa terdapat seorang lelaki berada dalam keadaan cedera parah selepas digigit oleh anjing liar di kawasan kakinya.

Menurut APM, sepasukan anggota telah dikerahkan untuk ke lokasi kejadian dan mereka mendapati mangsa berada dalam keadaan mabuk serta terdapatnya kecederaan yang teruk pada bahagian kaki selepas digigit oleh anjing liar berkenaan.

“Anggota APM bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa dan kemudiannya telah menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Gemas bagi rawatan lanjut,” kata jurucakap APM.

“Ini merupakan kali pertama kami menerima aduan membabitkan gelandangan cedera digigit anjing,” katanya lagi.

Menurut laporan juga, banyak aduan daripada orang ramai telah diterima sejak kebelakangan ini mengenai kes dikejar dan nyaris digigit oleh anjing liar di kawasan tersebut.

Sumber: Utusan

Gambar: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani