Siakap Keli
Cikgu Tak Boleh Duduk Dalam Kelas

Lelaki Kongsi Realiti Ramai Tak Tahu, Rupanya Guru Tak Boleh Duduk Masa Mengajar?

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lelaki Kongsi Realiti Ramai Tak Tahu, Rupanya Guru Tak Boleh Duduk Masa Mengajar?

Menjadi seorang guru bukan satu perkara yang mudah dan ia merupakan satu  tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik anak bangsa supaya bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat kelak.

Selain ibu bapa, guru juga menggalas peranan penting dalam mencorak masa depan seorang pelajar menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat dan keluarga. Bak kata pujangga ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. 

Seorang guru juga sanggup berkorban demi untuk mendidik anak bangsa menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti.

Berjayanya seseorang individu itu yang menjadi salah satu akar umbinya, adalah susuk seorang guru yang berdiri di hadapan para murid di dalam kelas mencurahkan segala ilmu yang diperoleh. Berdirinya seorang guru juga ada guru di belakang mereka. 

Meneroka video Tik Tok oleh seorang guru, Izwan (@ohhcikgu) berkongsi satu kisah disebalik seorang guru yang teguh berdiri di depan kelas. Dakwanya, seorang guru yang sedang mengajar di dalam kelas sebenarnya tidak dibenarkan berdiri sehingga habis sesi pembelajaran. 

“Ada cikgu masa dia penuh dari pagi sampai ke tengahari, suara pun dah serak-serak bila sampai waktu tengahari, ada juga yang dah lenguh lutut lama sangat berdiri.

“Dari bilik guru nak berjalan ke kelas, mendaki tangga turun dan naik, yang muda ok lagi, kalau yang usia pun dah banyak tu mana maunye.

“Masuk kelas selalunya mesti ambil masa untuk duduk sekejap tarik nafas, lepastu masa mengajar berdiri juga. Masa bagi kerja kepada pelajar, duduk la sekejap tapi masa tula ada ‘malaikat’ lalu,” tulisnya di ruangan komen. 

Bagaimanapun di ruang komen, ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh pengikutnya, dia berkata perkara berkenaan bagaimanapun terpulang kepada pentadbiran di sesebuah sekolah. Katanya, ada sekolah yang tidak mengamalkan perkara ini.

Ikuti video beliau yang telah kami sertakan di bawah untuk ilustrasi yang lebih jelas. 

@ohhcikgu

kita baring jelah lepas ni. #fyp #sekolah #cikgu

♬ Glimpse of Us – Joji

BACA: Erti Sahabat, Akhlak Adik Ni Tolong ‘Urus’ Kawan Dipercayai ‘Istimewa’ Nak Buang Air Buat Netizen Terharu

Sumber: Oh Izwan (Tik Tok) 

Faiz Mustafa