Siakap Keli
Penduduk Kampung Nekad Tanam Pokok Pisang
Gambar: Suara.com

Penduduk Kampung Nekad Tanam Pokok Pisang, ‘Muak’ Tunggu Jalan Rosak Dibaiki

Penduduk Kampung Nekad Tanam Pokok Pisang, ‘Muak’ Tunggu Jalan Rosak Dibaiki

JAKARTA – Sekumpulan penduduk kampung nekad menanam pokok pisang di tengah jalan raya yang rosak ekoran berang dengan sikap pemerintah yang tidak ambil peduli dengan jalan yang rosak, lapor laman Suara.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan melalui akaun media sosial Instagram @kodilo127, pengguna jalan raya tidak memiliki akses jalan raya ekoran keadaannya yang amat teruk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Panjaloe Kodil (@kodil0127)

Berdasarkan video, terdapat sejumlah lubang-lubang besar pada jalan tersebut.

Oleh itu, masyarakat setempat telah menanam pokok pisang yang sudah besar di sepanjang jalan tempat lubang tersebut.

Selain melambatkan perjalanan, jalan yang rosak itu juga berpotensi untuk membahayakan pengguna yang melaluinya terutamanya pada waktu hujan.

Hal ini kerana, lubang-lubang tersebut akan dipenuhi dengan air hujan sekaligus merisikokan nyawa pengguna jalan raya.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kejadian tersebut berlaku di Kampung Sangiang, Desa Pabuaran yang terletak di Jawa Barat.

Para penduduk turut memasang bendera merah putih pada pokok pisang bersempena dengan Hari Kemerdekaan Indonesia, HUT-RI ke 77.

Berhubung dengan tindakan nekad yang dilakukan, penduduk berharap jalan tersebut bakal diperbaiki secepat mungkin kerana ia telah rosak selama berbulan-bulan.

Keadaan jalan yang serupa turut terjadi di Kecamatan Selagai Lingga, daerah Lampung Tengah di mana, tular video penduduk memancing di atas jalan yang berlubang.

Selain itu, terdapat penduduk yang turut membuang ikan keli ke dalam lopak yang dipenuhi air dan lumpur.

Para penduduk bertindak melakukan aksi berkenaan disebabkan geram dengan sikap pemerintah yang tidak memperbaiki jalan raya meskipun telah rosak berbulan-bulan.

Sumber: Suara.com

Nurfatihah Shahirah Azzuddin