Siakap Keli

PERKESO Dan TERAJU Jalin Kerjasama Strategik Perkasa Perlindungan Sosial Usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meneruskan inisiatif proaktifnya demi memperluas dan memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial melalui  satu Memorandum Kolaborasi (MoC) dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera  (TERAJU), hari ini. 

Kolaborasi yang dimeterai secara rasmi ini juga menjadi simbolik kepada hubungan  kerjasama yang lebih erat dan holistik antara kedua-dua organisasi menerusi pelbagai  bidang. Ia merangkumi kerjasama dalam Program Social Synergy, melibatkan integrasi  dan perkongsian data penerima bantuan TERAJU menerusi Sistem MySynergy

perlindungan keselamatan sosial kepada usahawan Bumiputera TERAJU, perkongsian  maklumat mengenai pelbagai inisiatif Kerajaan di bawah Bajet 2022 yang dilaksanakan  PERKESO, intervensi pasaran buruh dan sebagainya. 

MoC ini ditandatangani oleh Ketua Eksekutif PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed  Azman bin Dato’ Aziz Mohammed dan Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Md  Silmi Abd Rahman. Ia disaksikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif PERKESO, Encik  John Riba Marin dan Encik Mohd Najib Jaafar, Pengarah Penciptaan Kekayaan,  Modal Insan dan Penyampaian Perkhidmatan TERAJU. 

Menerusi Program Social Synergy ini, lebih 300 rakan strategik yang telah menyertai  program ini termasuk TERAJU akan bekerjasama dalam berkongsi atau menyalurkan  maklumat prospek-prospek yang berpotensi untuk dibantu oleh rakan strategik yang lain, agar kebajikan mereka sentiasa terjaga dan mengurangkan risiko daripada tercicir menerima bantuan. Langkah ini juga memastikan perluasan jaringan keselamatan sosial  yang lebih komprehensif dan menyeluruh kepada seluruh Keluarga Malaysia, sejajar  dengan prinsip ‘No wrong door policy’. 

Dato’ Md Silmi Abd Rahman berkata “Jaringan keselamatan sosial merupakan salah satu  elemen utama yang perlu ada bagi setiap negara terutama di negara-negara maju dan  Malaysia tidak terkecuali. Usahasama melalui program keselamatan sosial ini adalah  selaras dengan fungsi TERAJU sebagai Penyelaras Utama Agenda Sosioekonomi  Bumiputera bertrajektori tinggi, melalui tindakan intervensi strategik, inisiatif dan program  berlandaskan bidang keutamaan dalam Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030  (TPB2030) selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dan  Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). 

Melalui pelan halatuju 10 tahun, TPB2030 telah mengariskan tujuh (7) Bidang Keutamaan  di mana usaha pembangunan sosioekonomi Bumiputera menjadi salah satu strategi  utama pemacuan agenda Bumiputera. Strategi ini bermatlamat meningkatkan  kesejahteraan sosioekonomi Bumiputera agar tiada Bumiputera yang terpinggir dan 

mampu mengurangkan kesenjangan ekonomi di kalangan usahawan Bumiputera. Usahasama ini adalah untuk memastikan usahawan Bumiputera menerima hak  keselamatan sosial yang selayaknya bagi meningkatkan taraf hidup mereka sekaligus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.” 

Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman berkata, “Hampir 13,000 kes membabitkan individu yang  memerlukan bantuan telah disalurkan antara sesama agensi yang bernaung di bawah  Program Social Synergy ini, sejak 2019. Penyertaan TERAJU sebagai rakan strategik  dalam program ini membolehkan matlamat untuk memperluas dan mengukuhkan lagi 

jaringan perlindungan sosial kepada Keluarga Malaysia dapat direalisasikan, khususnya  buat golongan usahawan Bumiputera.” 

“Program Social Synergy ini juga adalah antara inisiatif murni kami bagi membantu  menyelesaikan permasalahan sosio-ekonomi dan isu kebajikan rakyat Malaysia dengan  bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak. ‘Ibarat aur dengan tebing’, kerjasama  yang terjalin ini saling menyokong dan melengkapi kekuatan yang ada pada kedua-dua  pihak.” 

Beliau turut menambah, seiring dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU)  Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 oleh Dewan Negara baru-baru ini, PERKESO juga  berhasrat untuk memperluas jaringan keselamatan sosialnya kepada golongan  usahawan wanita di bawah TERAJU. 

Program Social Synergy PERKESO yang telah dilancarkan pada Ogos 2017, menyediakan satu platform ekosistem keselamatan sosial yang sistematik, komprehensif  dan bersepadu buat Keluarga Malaysia menerusi gabungan dan kolaborasi daripada  pelbagai rakan strategik merangkumi agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan. Program ini  menjadi pusat sehenti yang menawarkan perlindungan keselamatan sosial yang  menyeluruh kepada rakyat Malaysia dengan matlamat utama untuk mengurangkan  kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. 

Program Social Synergy turut disokong oleh Portal Sistem MySynergy iaitu sebuah  portal yang dibangunkan secara ‘in-house’ oleh PERKESO dan mengadaptasi  penggunaan teknologi ‘blockchain’ untuk perkongsian maklumat dan kes-kes prospek.  Sejak tahun 2019 sehingga kini, statistik menunjukkan hampir 13,000 penyaluran  prospek kepada pelbagai agensi melalui Sistem MySynergy telah berjaya dilaksanakan 

dan seterusnya dibantu menerusi agensi-agensi yang lain. 

Seiring dengan konsep ‘No one is left behind’, kerjasama rakan strategik antara  PERKESO dan TERAJU ini diharapkan dapat memperluas lagi penyampaian  perkhidmatan oleh setiap pihak menerusi bidang kepakaran masing-masing demi  kesejahteraan seluruh Keluarga Malaysia secara inklusif. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa