Siakap Keli
maha hadiah pengunjung

Sampai Je Terus Kena ‘Escort’ Macam VIP, Tuah Pengunjung Ke-1,100,001 MAHA, Dapat RM3,000 Tunai

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Seperti mana kisah seorang pengunjung MAHA 2022 yang tidak menyangka tuahnya apabila mendapat hadiah wang tunai ribuan ringgit dek kerana menjadi pengunjung yang ke-1,100,001.

Seperti ramai sedia maklum, MAHA 2022 baru saja melabuhkan tirai pada 14 Ogos yang lalu dengan kehadiran lebih 1.4 juta pengunjung termasuk lebih 266,000 pengunjung secara maya.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang expo 11 hari itu termasuk jualan hasil pertanian, pameran kebudayaan serta Program Jamin Kerja yang menawarkan 15,000 peluang kerjaya kepada orang ramai.

Anugerah khas pengunjung bertuah

Setelah empat tahun tidak kunjung tiba, MAHA 2022 mengadakan kelainan dengan memberi hadiah Anugerah Istimewa kepada pengunjung bertuah mereka. Hadiah berupa wang tunai dan baucar telah dianugerahkan kepada pengunjung ke-1,100,001, pengunjung ke-750,000, ke-850,000 dan ke-1 juta.

Dengan ratusan ribu pengunjung setiap hari, siapa sangka akan menjadi individu bertuah pada hari tersebut. Hajat En Yaakob bin Man dan keluarganya dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang berkunjung ke MAHA bagaikan rezeki terpijak apabila dinobatkan sebagai pengunjung yang ke-1,100,001. Mereka telah menerima wang tunai RM3,000, baucar Agrobazaar FAMA RM1,000, baucar MAEPS Shopee RM500 dan bekalan susu segar sebulan daripada sumbangan oleh Summerfield.

Siakap Keli sempat menemubual anak perempuan En Yaakob, Nur Athirah untuk berkongsikan pengalaman berharga tersebut. Ujarnya, mereka sekeluarga langsung tidak menyangka akan memperoleh hadiah berkenaan, tambahan pula kunjungan itu pada hari terakhir Expo tersebut.

maha hadiah pengunjung

“Memang tak sangka la nak jadi pengunjung bertuah. Waktu tu kami masuk tengahari pukul 12pm tak silap, masuk dari pintu MARDI. Dekat gate tu macam ramai lah orang. Ayah dan saya nak bawa keluar duit la nak bayar parking kan, tetiba diorang cakap suruh ke tepi. Kami semua pelik ada buat masalah apa kan.

“Bila dah ke tepi, diorang pun cakap la tahniah sebab bertuah semua tu, pastu bagi sampul yang pengunjung bertuah 1,100,001 tu dan cakap, “Nanti kena naik pentas dengan menteri ada banyak nak bagi.”

“Kemudian yang ramai-ramai tadi bawa la kami, escort kami naik sampai ke parking VIP. Kiranya takyah beratur tunggu naik bas macam orang lain dah,” ujarnya terharu.

Jelas Nurathirah, mereka sangat bersyukur atas anugerah tersebut serta layanan yang baik daripada pihak penganjur.

“Memang betul-betul tak sangka, tak tahu nak cerita macam mana perasaan ni. Ayah dan ibu dah tua, masa sampai tu memang ramai kena beratur bagai, kesian la tengok kan nak kena berjalan. Punya laaa Allah nak bagi rezeki, takyah beratur apa semua. Semua pihak MAHA layan elok baik sangat!

“Memang sepanjang jalan-jalan tu syukur la betul-betul terpijak rezeki. Mulut ayah dengan ibu duk sebut-sebut haaa rezeki masyaAllah. Syukur Alhamdulillah memang haritu kami rasa happy sangat, terutama hari last pula kan,” kongsinya.

maha hadiah pengunjung

 

@thirahae main purpose nakpi ambik barang kolej pastu teringin la nakp maha, tak sangka terpijak rezeki haa🥹 #maha2022 #maepsserdang #fyp #xyzbca ♬ Come insider of my heart – Speed up audios ᥫ᭡

Sementara itu, MAHA 2022 turut memberi penghargaan kepada pempamer dengan anugerah-anugerah khas iaitu Anugerah Pavilion Negeri Terbaik (Perak), Tempat Kedua (Selangor) dan Ketiga (Kedah), Anugerah Segmen Paling Viral (Miracle Garden) dan Anugerah Jualan Paling Tinggi (Castle of Fruit).

Hasil jualan tertinggi

Bertemakan Food Security For Future, expo selama 11 hari itu berjaya mencatatkan hasil jualan paling tinggi iaitu RM260 juta.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, jumlah tersebut adalah hasil jualan langsung, jualan dalam talian serta padanan perniagaan melibatkan lapan syarikat pemasar dari luar negara yang akan mengeksport produk agromakanan tempatan ke luar negara.

“Di samping ini, potensi pembiayaan yang direkodkan oleh Agrobank pula melibatkan 3,111 permohonan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM503 juta,” tambahnya.

Difahamkan, acara kali ini telah menjadi titik termeterai 33 perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan usahawan tempatan dan luar negara. Anggaran nilai pelaburan yang terlibat adalah melangkaui RM5.64 bilion. 

Susulan kejayaan memberangsangkan MAHA tahun ini, MAFI berhasrat memantapkan kerjasama antarabangsa pada anjuran akan datang. Kementerian menyasarkan lebih banyak penyertaan pempamer dan rakan strategik dari luar negara pada MAHA 2024. Usaha ini bagi meningkatkan peluang pengeksportan produk makanan tempatan ke luar negara.

Selain itu, laman padi juga akan menjadi anak angkat MAFI melalui Bahagian Pembangunan Industri Padi bersama Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS). Laman ini bakal dijadikan tapak agro-pelancongan yang kekal, merangkap pusat latihan kepada peserta dan penyelidik.

Amira

Love yourself.