Siakap Keli
Kanak-Kanak Maut Disyaki Jangkitan Amoeba
Gambar via CBS

Kanak-Kanak Maut, Disyaki ‘Angkara’ Amoeba Pemakan Otak, Naegleria Fowleri

Kanak-Kanak Maut, Disyaki ‘Angkara’ Amoeba Pemakan Otak, Naegleria Fowleri

Seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan yang berpunca daripada Naegleria Fowleri atau Amoeba pemakan otak di Nebraska, Amerika Syarikat, lapor pegawai kesihatan tempatan pada Rabu.

Jika benar, ia merupakan kematian pertama yang direkodkan dalam negeri berkenaan.

Pengarah Kesihatan Daerah Douglas, Dr Lindsay Huse berkata, kanak-kanak itu telah berkunjung ke Sungai Elkhorn untuk melakukan aktiviti renang, 8 Ogos, dan mula menunjukkan beberapa gejala selepas lima hari kemudian.

Menurut CBS News, pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan penyakit sedang menjalankan ujian lanjut untuk mengesahkan sama ada jangkitan itu memang benar berpunca daripada Amoeba pemakan otak atau ada punca lain yang menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut.

Huse bagaimanapun mengakui walaupun jangkitan ini jarang berlaku, namun masih terdapat risiko pendedahan virus tersebut di kawasan sumber air tawar di daerah itu. Dia berkata, pengunjung lain yang turut melakukan aktiviti renang di kawasan yang sama juga boleh terdedah dengan amoeba berkenaan.

Difahamkan, virus ini terdapat dalam banyak sumber air tawar dan boleh menjangkiti orang ramai apabila air yang mengandungi organisma tersebut memasuki badan melalui hidung sampai ke otak, biasanya ketika berenang atau menyelam.

Walau bagaimanapun, seseorang itu tidak dijangkiti jika hanya dengan minum air tercemar dan ia juga tidak merebak melalui individu yang dijangkiti.

Antara gejala jangkitan termasuk muntah, sakit kepala, loya dan demam. Biasanya ia berlaku dalam masa satu hingga 12 hari selepas jangkitan. Selain itu, ia juga boleh menjadi serius seperti kekejangan otot leher, sawan dan gejala neurologi lain.

BACA: Najib Tamatkan Perkhidmatan Semua Peguam Cara Dari Mewakili Beliau Dalam Kes SRC

Sumber: CBS News

 

Faiz Mustafa