Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-kanak Perempuan Antara Empat Maut Kemalangan Di Simpang Renggam

empat maut simpang renggam
Gambar: JBPM Johor

Kanak-kanak Perempuan Antara Empat Maut Kemalangan Di Simpang Renggam

KLUANG, 1 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun merupakan antara empat yang maut dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam, di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Pegawai Bomba Kanan II Ismail Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan itu pada 1.16 petang dengan kemalangan membabitkan kenderaan jenis Toyota Vios, Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes E240 dan BMW.

Beliau berkata, sebuah jentera SITRAK bersama lima anggota bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dan setiba di tempat kejadian beberapa mangsa yang menaiki Toyota Vios didapati terperangkap dalam kereta.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismail berkata tiga mangsa dalam kereta Toyota Vios ditemukan meninggal dunia selain seorang mangsa wanita warga emas yang tercampak keluar.

Beliau berkata mayat kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat.

“Mangsa yang disahkan meninggal ialah Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nur Airish Syifa Sidek, 10, Nor Azlina Abd. Latif, 33, dan Semek Mat Soh, 73,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kluang ketika ditemui berkata laporan berkenaan kemalangan maut itu akan dikeluarkan kemudian.