Siakap Keli
Indonesia rekod kes pertama cacar monyet
Gambar Via Japan Times

Indonesia Rekod Kes Pertama Cacar Monyet

Indonesia dilaporkan telah mencatatkan kes pertama cacar monyet selepas ia dikesan pada seorang rakyatnya yang baru pulang dari negara yang tidak dikenal pasti.

Memetik laporan Channel News Asia, jurucakap Kementerian Kesihatan Negara itu berkata bahawa lelaki berusia 27 tahun itu disahkan positif penyakit tersebut pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, lelaki itu berada dalam keadaan sihat dan hanya menunjukkan gejala ringan serta kini menjalani kuarantin di rumah.

“Kami telah membuat siasatan susulan dengan mengesan kontak rapat dan memeriksa mereka,” katanya.

Berikutan itu juga, orang ramai diminta untuk terus kekal tenang dan yakin bahawa cacar monyet boleh dirawat.

Setakat ini Kementerian Kesihatan juga telah menguji 22 kes yang disyaki dari seluruh negara dan kesemuanya negatif.

Sementara itu, kerajaan Indonesia kini sedang dalam proses untuk mendapatkan sekitar 10,000 vaksin untuk cacar monyet.

Terdahulu, Singapura melaporkan kes tempatan pertama cacar monyet pada bulan lalu dan telah mengesahkan terdapat 15 kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global selepas lebih 40,000 kes cacar monyet yang disahkan, termasuk beberapa kematian di lebih 80 negara.

Sumber: Channel News Asia

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.