KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2022- Media Home Communication selaku pihak penganjur Majlis Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia atau Malaysia Best Business Award 2022 yang membawakan 50 usahawan yang berjaya dalam pelbagai kategori perniagaan masing masing.
Perancangan majlis ini adalah untuk meraikan golongan usahawan secara individu mahupun syarikat yang berjaya dan bangkit meneruskan perniagaan tatkala dunia dilanda wabak covid 19, namun para usahawan ini tetap gigih tanpa menyerah kalah terus berjuang dalam perniagaan masing masing .
Berbekalkan kekuatan, usaha dan kebijaksanaan menguruskan perniagaan, pihak MBBA 2022 bersetuju untuk menganugerahkan ANUGERAH PERNIAGAAN TERBAIK MALAYSIA . Pihak MBBA menerima jumlah pencalonan sebanyak 100 penyertaan. Namun, berdasarkan penilaian yang dibuat Jawatankuasa MBBA seramai 50 orang penerima layak menerima anugerah berprestif ini.
Bertemakan kepada WAJAH WAJAH KECEMERLANGAN ATAU FACES OF EXCELLENCE , Anugerah ini adalah penanda aras bagi kecemerlangan semua usahawan di peringkat negara Malaysia dan juga di peringkat global. Pihak MBBA membuktikan bahawa sektor perniagaan dan keusahawanan negara tetap berkembang maju.
Menurut pengerusi MBBA, En Shahir Adnan, ANUGERAH PERNIAGAAN TERBAIK MALAYSIA merupakan satu pengiktirafan peringkat nasional bagi keseluruhan usahawan di negara kita yang terbukti berjaya mengharungi liku-liku perniagaan pasca pandemik COVID-19. Ianya juga satu pengiktirafan kepada usahawan negara kita yang menunjukkan usaha gigih, kecekalan yang jitu, dan kebijaksanaan membina perniagaan dalam mengharungi kemerosotan ekonomi global yang dirasai seluruh dunia.
Nantikan program-program susulan di bawah MBBA bagi tahun 2022 dan 2023. Semoga banyak lagi kerjasama murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang yang bertujuan untuk memperkasakan lagi kejayaan para usahawan semua. Kekalkan semangat #BangsaUsahawan!