Gigit Anjing Polis, Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan
Seorang lelaki berusia 34 tahun dilaporkan telah dihukum penjara selama lapan bulan selepas dipercayai menggigit seekor anjing milik polis, lapor Sky News.
Suspek dijatuhkan hukuman di mahkamah pada Selasa lalu selepas mengaku bersalah menyerang seorang pekerja perkhidmatan kecemasan dan menyebabkan kecederaan kepada haiwan.
Dia juga telah membuat pengakuan bersalah atas tuduhan melakukan serangan dan kerosakan jenayah.
Menurut laporan, tertuduh telah ditangkap pada 14 Ogos selepas polis menerima laporan mengenai siri serangan pada awal petang itu.
Semasa ditahan, dia dipercayai telah menumbuk dan menendang beberapa pagar ke arah seorang pegawai polis sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan.

Malah suspek juga menggigit anjing polis di bahagian kepala dan kemudian memegang dan memulas kolar anjing itu.
Sarjan Detektif Thomas Crosfill berkata perbuatan suspek tidak boleh diterima.
“Kami tidak boleh terima dia menyerang pekerja perkhidmatan kecemasan dan anjing polis kami yang telah memberi banyak bantuan penting kepada kami. Mereka adalah sebahagian daripada keluarga polis.
“Kejadian sebelum ini berlaku di lokasi tumpuan orang awam dan ia akan menyebabkan kesusahan kepada mangsa serta orang yang lalu lalang.
“Kami mahu memastikan bandar ini selamat untuk didiami, jadi saya gembira suspek ditangkap dengan cepat dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan ini,” katanya.
BACA: Lelaki Cedera Parah Digigit Anjing Liar
Sumber: Sky News