Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah The Glazers ini? The Glazer merupakan pemilik kepada salah sebuah kelab terkenal Liga Perdana Inggeris, Manchester United, merujuk RepublicWorld.
The Glazer berasal dari Amerika dan terkenal disebabkan memiliki francais NFL Tampa Bay Buccaneers (pasukan ragbi).
Manchester United umumnya telah dibeli pada tahun 2005, oleh mendiang Malcolm Glazer. Sejak mengambil alih kelab bola sepak Inggeris itu, beliau juga telah membawa nilai tinggi dan paling menguntungkan di dunia.
Pada era pengurus lagenda United, Sir Alex Ferguson, beliau juga menegaskan bahawa The Glazer tidak pernah menganggu dalaman kelab tersebut.
Bagaimanapun, peminat The Red Devils memberikan sambutan yang berbeza-beza selepas tahun berganti tahun apabila prestasi yang ditampilkan United tidak memberangsangkan.
“Love United Hate Glazers” menjadi slogan yang sentiasa ditimbulkan tahun demi tahun. Perkara itu membuatkan hubungan antara penyokong tegar Old Trafford semakin tegang.
Terkini, keluarga terbabit berminat untuk mendapatkan pasukan baharu dari India Premier League (IPL). Perkara itu telah disahkan oleh sebuah agensi yang menjelaskan Glazers mahu membelinya menjelang musim IPL 2022.
Siapa Glazers?

Mendiang Malcolm Glazer merupakan pemilik asal Manchester United dan beliau mendapat kelab itu melalui pelaburan syarikatnya, Red Football Ltd.
Bagaimanapun, pada tahun 2014, beliau meninggal dunia akibat penyakit lama yang dialaminya.
Beliau telah mewariskan 90 peratus harta miliknya termasuk kelab itu kepada enam anakya Avram Glazer, Joel Glazer, Kevin Glazer, Bryan Glazer, Darcie Glazer dan Edward Glazer.
Pada awalnya, mendiang Malcolm mula menyara keluarganya dengan menjual jam tangan selepas ayahnya meninggal dunia sewaktu beliau remaja.
Selepas itu, keluarga Glazer menempa nama dalam bidang hartanah disebabkan minat mereka sebelum beralih ke bidang sukan selain mengembangkan pengaruh dalam perbankan, kemudahan penjagaan kesihatan, stesen televisyen dan sebagainya.
Malcolm mula menceburi bidang sukan buat pertama kali apabila beliau membeli pasukan NFL Tampa Bay Buccaneers pada tahun 1995 dengan nilai RM656 juta.
Pasukan itu kini dipegang oleh tiga anaknya Joel, Bryan dan Edward. Antara kejayaan yang dicapai sejak pembelian pasukan itu termasuklah memenangi dua superbowls.
Sejarah pengambilalihan Manchester United oleh Glazer

Pada tahun 2003, Malcolm mula mengumpul saham untuk membeli United selepas anaknya menasihati untuk berbuat demikian dengan membeli 2.9 peratus saham itu yang bernilai RM48.4 juta
Sehubungan itu, menjelang akhir 2005, beliau menjadi pemilik sah kepada kelab itu. Malcom juga menjadi pemegang saham terbesar pada ketika itu.
Pada tahun 2004, beliau membeli saham kelab itu sebanyak 30 peratus dan pada 2005, Malcom Glazer membeli kelab itu daripada JP McManus dan John Magnier melalui syarikat pelaburannya Red Football Ltd.
Pengurus kelahiran Scotland, Sir Alex Ferguson ketika turut terlibat dengan tuduhan mahkamah berhubung pemilikan kuda lumba hingga boleh menyebabkan khidmat jurulatih lagenda itu hilang.
Dengan pembelian itu telah memberikan nafas baru buat United.
Sumber: RepublicWorld.com