Siakap Keli
Bertengkar Gara-Gara Manchester United Kalah Besar
Gambar Hiasan: Deccan Herald/ Wikipedia

Lelaki Maut Ditetak Guna Parang, Bertengkar Gara-Gara Manchester United Kalah Besar

Lelaki Maut Ditetak Guna Parang, Bertengkar Gara-Gara Manchester United Kalah Besar

Zimbabwe – Seorang lelaki dilaporkan telah dibunuh dengan parang selepas bertengkar mengenai kekalahan besar 4-0 Manchester United di tangan Brentford pada awal pagi Ahad lalu.

Memetik laporan Daily Mail, mangsa yang berusia 31 tahun itu dipercayai telah dibunuh selepas menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut di sebuah kedai bersama abangnya di Kampung Mbembesi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan cuba mempertahankan abangnya yang bertengkar mengenai perlawanan itu dengan seorang lelaki.

Suspek meninggalkan kedai itu dalam keadaan marah dan terus pulang ke rumahnya untuk mengambil parang.

Menurut laporan Sunday News, suspek dipercayai kembali semula ke kedai itu dan menyerang mangsa dengan menggunakan parang tersebut.

Manakala, abang mangsa telah melarikan diri ke pusat beli-belah berhampiran kedai tersebut dan berusaha mencari pegawai polis untuk menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, apabila dia pergi ke kedai itu semula, segalanya telah terlambat apabila adiknya sudah terbaring kaku dan berada dalam keadaan berlumuran darah.

Sementara itu, suspek telah melarikan diri dan kini sedang diburu oleh pihak polis.

Polis juga memohon kepada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat yang mungkin membawa kepada penahanan suspek.

Bola sepak setakat ini menjadi sukan paling popular di Zimbabwe, dengan Liga Perdana Inggeris ditayangkan di seluruh negara itu.

Terdahulu, Manchester United mengecewakan peminatnya di seluruh dunia apabila tumpas 4-0 kepada Brentford.

BACA: Sah, ‘Elon Musk Mahu Beli Manchester United’ Sekadar Gurauan

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story