Siakap Keli
elon musk mahu beli united sekadar gurauan
Gambar: Business Insider & Daily Express via Google

Sah, ‘Elon Musk Mahu Beli Manchester United’ Sekadar Gurauan

Desas-desus pemilik syarikat Tesla, Elon Musk yang kononnya mendakwa mahu membeli Manchester United akhirnya terjawab apabila dia mengakui itu sekadar gurauan sahaja, lapor Daily Mail.

Elon menerusi laman Twitter rasminya, Elon Musk mengesahkan perkara tersebut selepas dia mengatakan dirinya tidak berminat untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Berita mengenai lelaki terkaya itu yang mahu membeli United telah menjadi perhatian ramai apabila kelab dipegang oleh Glazer tersebut kini dalam prestasi yang kurang memberangsangkan.

Difahamkan, segala persoalan terbongkar apabila kenyataan kontroversi “Saya membeli Manchester United, terima kasih” yang dimuat naik pagi tadi dipersoalkan Twitter Tesla Owners Silicon Valley yang berbunyi “Kau seriuslah weh?” (baca nada Malaysia).

 

Bagaimanapun, Elon yang kembali dengan ciapannya menjelaskan bahawa dia tidak berminat dengan untuk membeli mana-mana kelab sukan.

“Tidak, ini hanya gurauan di Twitter. Saya tidak berminat membeli mana-mana kelab sukan.

“Walaupun, Manchester United menjadi kelab kegemaran saya sejak kecil,” balas Musk.

Imbas kembali, Elon Musk mengumumkan secara terbuka bahawa dia mahu membeli Manchester United menerusi ciapan ringkas di Twitter pagi tadi.

Dalam ciapan yang dimuat naik itu, pada awalnya Elon menjelaskan tentang prinsipnya dalam memberi sokongan secara adil kepada dua haluan parti politik.

Dalam masa sama, dia juga memaklumkan seakan berminat mahu memiliki The Red Devils hingga pengumuman itu membuatkan ramai terkejut.

“Supaya semua jelas, saya menyokong sebahagian Parti Republik (kiri) dan sebahagian Parti Demokratik (kanan).

“Juga, saya membeli Manchester United. Sama sama (terima kasih),” jelasnya di Twitter.

Sementara itu, merujuk laporan Channel News Asia (CNA), United yang kini dimiliki oleh Glazer dipercayai belum memberikan sebarang respon mengenai perkara itu.

Tambahan pula, dengan rekod prestasi semasa yang ditampilkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, United kini sedang ‘meresahkan’ penyokong-penyokongnya apabila tewas dua kali pada awal musim liga kepada Brighton dan Brentford.

Selepas mengalami kekalahan cukup memalukan 1-2 dan 0-4, United yang dahulunya sangat digeruni ketika era Sir Alex Ferguson kini terpaksa pasrah apabila hanya mampu menduduki tangga tercorot liga tanpa sebarang mata.

Sehubungan itu, ramai antara peminat-peminat United yang melakukan protes terhadap Glazer ekoran prestasi hambar yang ditampilkan kelab tersebut.

Untuk rekod seperti yang dilapor CNA, nilai pasaran terkini bagi United adalah berjumlah RM9.2 bilion.

Sumber: Daily Mail 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?