Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

NASA Dedah Bunyi Menakutkan “Black Hole”, Seakan ‘Sesuatu’ Sedang Melolong

Syed Faisal Sayed Muhammad
BUNYI BLACK HOLE
Gambar: Hubble

NASA Dedah Bunyi Menakutkan ‘Black Hole’, Seakan ‘Entiti’ Sedang Melolong

NASA baru-baru ini melalui salah satu laman twitternya berkongsi satu klip audio yang dikatakan dirakam dan dihasilkan oleh sebuah lohong hitam di Gugusan Galaksi Perseus.

Menurut laporan INSIDER, bunyi menakutkan yang didedahkan tersebut seakan-akan bunyi ‘sesuatu’ yang sedang melolong di ruang angkasa.

”Terdapat salah faham apabila ada yang menganggap ruang angkasa sunyi sepi dan tiada bunyi kerana kerana kebanyakkan ruang di angkasa adalah vakum. Seperti yang kita tahu, bunyi tidak dapat bergerak dalam vakum.

”Bagaimanapun, kami mendapati ada satu gugusan galaksi yang mengandungi banyak gas sehinggakan bunyi sebenar berjaya dirakam.

”Ini adalah bunyi yang dikuatkan, dicampur dengan data-data lain, untuk ‘mendengar’ lohong hitam” kata tweet tersebut.

Pada 2013, saintis mendapati bahawa gelombang panas yang dipancarkan oleh lohong hitam itu menyebabkan berlaku getaran ombak di dalam kluster gas panas. Getaran-gertaran ini didapati boleh diterjemahkan kepada bunyi.

Bunyi sebenar tersebut bagaimanapun sebenarnya tidak mampu didengari oleh manusia kerana berada dalam julat 57 octaves dibawah Middle C.

Pusat Cerapan X-Ray Chandra merakam bunyi-bunyi tersebut di dalam data berbentuk X-Ray, iaitu sebuah bunyi yang tidak boleh didengar. Kemudian, dengan menggunakan teknik pemprosesan sonifikasi, iaitu proses penterjermahan data astronomical kepada bunyi, NASA meningkatkan julat bunyi tersebut kepada tahap yang boleh didengar.

”Bunyi yang anda dengar adalah 144 kuadrilion dan 288 kuadrilion lebih kuat daripada fungsi asalnya,” kata NASA lagi.

NASA pertama kali mendedahkan bunyi tersebut pada Mei lalu di laman webnya, bagaimanapun ciapan yang dibuat beberapa hari lepas menjadi tular dan bualan seluruh peminat dunia angkasa lepas.

Sumber: INSIDER, NASA