Budak 3 Tahun Kembali ‘Hidup Semula’ Di Majlis Pengebumian Sendiri Sebelum Disahkan Meninggal Semula
MEXICO – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilapor kembali ‘hidup semula’ di majlis pengebumian sendiri selepas disahkan meninggal dunia akibat sakit perut.
Menurut laporan, mangsa telah disahkan meninggal dunia selepas didiagnosis oleh doktor di Hospital Komuniti Salinas de Hildalgo di Mexico Tengah.
Bagaimanapun, pihak hospital mendakwa doktor telah melakukan kesalahan semasa memeriksanya buat kali pertama.
Difahamkan kanak-kanak tersebut mengalami sakit perut, muntah dan demam lalu dibawa ke pakar pediatrik di Villa de Ramos.
Namun, pakar kanak-kanak tersebut menyarankan ibu bapa mangsa untuk membawanya ke hospital komuniti untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut laporan, dia mendapatkan rawatan di hospital komuniti lalu didiagnos sebagai dehidrasi dan hanya diberikan paracetamol.
Selepas beberapa jam kemudian, ibu bapa mangsa menyedari keadaan mangsa semakin teruk dan membawanya semula ke hospital.
Menurut ibu mangsa, “Mereka mahu menyambungkannya dengan cecair IV dan proses itu mengambil masa yang lama kerana mereka tidak dapat mencari uratnya namun akhirnya seorang jururawat berjaya.”
Tambahnya lagi, dia telah dipisahkan dari mayat anak perempuannya dan dikurung di dalam bilik sebelum dia dapat melarikan diri menggunakan pintu lain.
Semasa pengebumian anak perempuannya, dia perasan bahawa panel kaca di dalam keranda telah kabur.
Pengunjung di majlis pengebumian memberitahu bahawa dia sedang berhalusinasi dan menghalangnya daripada membuka keranda tersebut.
Walaupun begitu, ibu mertuanya menyedari mata mangsa bergerak-gerak lalu menyuruh ahli keluarga untuk memeriksa nadinya dan mengesahkan dia masih hidup.
Mangsa kemudian dibawa semula ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia buat kali kedua.
Menurut Peguam Negara, Jose Luis Ruiz, kes itu sedang disiasat dan bedah siasat sedang dijalankan.
Sumber : Mirror UK
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”