Anak maut dilanggar Bas Universiti, ibu tuntut pampasan RM 8.2 Juta
Seorang ibu menuntut pampasan RM 8.2 juta daripada Universiti Khon Kaen selepas anaknya maut dilanggar oleh sebuah bas universiti, 10 Ogos lepas.
Wanita berkenaan mendakwa bayaran itu setimpal dengan mengambil kira pendapatan yang akan diperolehi anaknya selepas menamatkan pengajian dan bekerja sebagai doktor sehingga usia 60 tahun sekiranya tidak menjadi mangsa kemalangan maut tersebut.
Kejadian berkenaan turut dirakam oleh sebuah kamera keselamatan yang menunjukan seorang penunggang dan seorang pembonceng motosikal dirempuh oleh bas tersebut di sebuat persimpangan jalan.
Mangsa, penunggang lelaki mengalami kecederaan parah manakala pembonceng, seorang remaja, 19, meninggal dunia di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa merupakan pelajar Fakulti Perubatan di universiti tersebut.
Pemandu bas berkenaan, 36, yang merupakan kenderaan milik Fakulti Kejururawatan, menyerah diri selepas kejadian dan menegaskan bahawa dia tidak menyedari kehadirian motosikal yang dinaiki mangsa ketika sedang membelok.
Menurut kenyataan pihak polis, pemandu tersebut tidak berada dibawah pengaruh alkohol atau dadah ketika kemalangan tersebut berlaku. Lelaki berkenaan berdepan dengan dakwaan memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan, kecederaan parah dan kematian berlaku.
Abang kepada salah seorang mangsa, yang juga alumni universiti itu, memberitahu media bahawa kemalangan sememangnya kerap berlaku di kawasan kejadian. Namun, dia mendakwa pihak univeriti tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang perkara berkenaan daripada terus berulang.
Dia turut menggesa pihak universiti untuk turut menyiasat punca kemalangan itu dan menilai semula tahap pengurusan trafik di kawasan kemalangan tersebut.
Sumber: The Thaiger