Kotak Belum Pernah Dibuka, iPhone Generasi Pertama Berjaya Dilelong Dengan Harga Lebih RM150k
Selepas 15 tahun dilancarkan, iPhone generasi pertama yang tidak pernah digunakan sebelum ini dilaporkan telah dijual dengan harga £30,000 (RM159,165) selepas dilelong baru-baru ini.
Menurut The Sun UK, ia lengkap dijual bersama dengan kotak asalnya.
Ia mempunyai 8GB storan yang sangat kecil berbanding 128GB minimum yang tersedia pada iPhone 13 masa kini.

Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk iPhone lama muncul semula tetapi adalah sangat jarang untuk ia hadir dalam pembungkusan asal dan berada dalam keadaan yang begitu baik.
Dalam pada itu, pakar mengatakan bahawa model telefon pintar itu berkemungkinan dari pengeluaran terawal kerana aplikasi iTunes masih belum wujud di dalamnya.

Peranti itu mula dikeluarkan oleh Steve Jobs di Macworld di San Francisco pada tahun 2007.
Sementara itu, Apple baru-baru ini memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan iPhone 14 pada 7 September nanti.
Sumber: The Sun