Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pintu Pagar Dikawal Ketat, Najib Tiba Di Mahkamah KL Hadapi Perbicaraan Kes 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 8.26 pagi tadi bagi menghadapi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Bernama.
Menerusi bebenang di Twitter Bernama, pintu pagar utama mahkamah tersebut dikawal rapi oleh pasukan keselamatan dan anggota polis menjelang ketibaan Najib.
Terdahulu, mahkamah telah mengeluarkan perintah kepada pihak penjara supaya bekas perdana menteri berusia 69 tahun itu menghadiri prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah pada hari ini.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Pada Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Sumber: Bernama